Forgot/Reset Password

CASES(S) OF THE WEEK

ARBITRATION: Arbitrator - Reference of question of law to court - Issue of costs awarded by arbitrator - Whether proper question of law for determination of High Court - Arbitration Act 2005, s. 42(1)

ARBITRATION: Award - Costs - Discretion of arbitral tribunal - Whether courts may review costs awarded by arbitral tribunal - Whether proper question of law for determination of High Court - Rules of Court 2012, O. 59 r. 2(2); O. 69 r. 2(1) - Arbitration Act 2005, ss. 8, 44

CIVIL PROCEDURE: Appeal - Costs - Whether award of costs could be reviewed by appellate court - Exercise of discretion in awarding costs - Whether could be posed as question of law for appeal


SDA ARCHITECTS v. METRO MILLENNIUM SDN BHD
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
HISHAMUDIN MOHD YUNUS JCA, AZIAH ALI JCA, HAMID SULTAN ABU BACKER JCA
[CIVIL APPEAL NO: B-02-1739-07-2012]
20 JANUARY 2014

The appellant was the architect engaged by the respondent. As the parties could not agree as to the quantum of fees to be paid to the architect, the dispute was referred to arbitration. Before the arbitrator, the appellant claimed a sum of RM1,224,013.41 as its fees based on Architects (Scale of Minimum Fees) Rules 1986. The respondent contended that the fees should be calculated on the agreed formula of 2.5% of the total construction costs. The arbitrator agreed with the respondent's contention and awarded RM525,000. The present dispute arose in relation to the award of costs by the arbitrator upon party to party basis. The respondent was not satisfied with the award of full costs to the appellant as the appellant was only partially successful ie, its claim for RM1,224,013.41 was reduced to RM525,000. Hence, the respondent filed an originating summons referring two questions of law: (i) whether the appellant ought to be awarded the full costs of the arbitration when the appellant claimed for the sum of RM1,224,013.41 but was only awarded the sum of RM525,000 ie, 42.89% of its claim; and (ii) if the answer to question (i) was in the negative, how should the costs of the arbitration be awarded in such circumstances. The learned High Court Judge on the first question held that full costs should not be awarded and on the second question decided to award 50% of the costs of the arbitration proceedings. Hence, this appeal by the appellant.

Held (allowing appeal with costs)

Per Hishamudin Mohd Yunus JCA:

(1) For a proper invocation of s. 42(1) of the Arbitration Act 2005 (`the Act'), the question referred to the High Court must be a proper and valid question of law. In the present case, the `question of law' referred to the High Court purportedly pursuant to s. 42 was not a proper and valid question of law. (paras 9 & 11)

(2) In the arbitration proceedings, the arbitrator had to deal not merely with the issue of the claim for professional fee by an architect, but it also had to deal with the issue of the respondent's counterclaim for breach of contract and for negligence performance of contract on the part of the appellant, which counterclaim was dismissed by the arbitrator. In determining the liability as to costs, the arbitrator, in awarding full costs to the appellant had correctly taken into account this dismissal of the respondent's counterclaim in the arbitration proceeding. Thus, the respondent should not have framed the proposed question in the manner that it did. It was not only misleading but was also an improper framing of the question, thereby rendering the question invalid. (paras 13-15)

Per Aziah Ali JCA:

(1) Where it is shown on the face of the award that there has been an apparent failure by the arbitrator to exercise his discretion judicially in the award of costs, then an error of law has occurred which may give rise to a question of law that may be referred to the court under s. 42 of the Act. Section 42 further states that it must also be shown that the question of law substantially affects the rights of one or more of the parties. (paras 32 & 33)

(2) A question of costs does affect the rights of the parties and the rights of the respondent were affected since the record of the arbitration proceedings showed that costs of the arbitration proceedings involved a sufficiently substantial sum. However, on the face of the award there was no ground to support the respondent's contention that the arbitrator had committed an error of law. The reasons that accompanied the decision on the quantum of costs indicated an exercise of discretion. (paras 33 & 36)

Per Hamid Sultan Abu Backer JCA:

(1) The issue of costs in relation to court proceedings is at the discretion of the court. Being a discretionary right, only the manner in which it was determined by the court of the first instant can be reviewed. The exercise of discretion per se cannot be posed as a question of law though the litigant may have a right to review the manner the issue of costs was dealt with; (Wah Bee Construction Engineering v. Pembenaan Fungsi Baik Sdn Bhd; refd), Majlis Peguam Malaysia v. Raja Segaran Krishnan; refd). (para 47)

(2) The Act specifically states that costs and expenses of the arbitration shall be at the discretion of the arbitral tribunal. Section 8 curtails the power of court to intervene in the discretionary jurisdiction of the arbitrator. As the court's role to decide on costs or quantum had been specifically taken away by virtue of ss. 8 and 44 of the Act, it was difficult to fathom how the issue of costs in arbitral proceeding could be framed as a question of law for the determination of the High Court when the statute has specifically deprived the business of the High Court to deal with costs. In addition, O. 69 r. 2(1) of the Rules of Court 2012 does not also reserve any right to review or decide on issue of costs which has been dealt by the arbitrator. Further O. 59 r. 2(2) impliedly recognises the provisions of ss. 8 and 44 of the Act. (para 47)

Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes

Perayu adalah arkitek yang dilantik oleh responden. Oleh sebab pihak-pihak tidak bersetuju dengan kuantum fi yang perlu dibayar kepada arkitek, pertikaian tersebut dirujuk kepada timbang tara. Di hadapan penimbang tara, perayu menuntut sejumlah RM1,224,013.41 sebagai finya berdasarkan Kaedah-Kaedah (Skel Fee Minimum) Arkitek 1986. Responden menghujahkan bahawa fi tersebut wajar dikira berdasarkan formula yang dipersetujui 2.5% dari jumlah kos pembinaan. Penimbang tara bersetuju dengan hujahan responden dan mengawardkan RM525,000. Pertikaian ini berbangkit berkaitan dengan award kos oleh penimbang tara atas dasar pihak kepada pihak. Responden tidak berpuas hati dengan award kos penuh kepada perayu kerana perayu hanya berjaya sebahagiannya iaitu tuntutannya bagi jumlah RM1,224,013.41 dikurangkan kepada RM525,000. Maka, responden memfailkan saman pemula memohon dua persoalan undang-undang: (i) sama ada perayu wajar diawardkan kos penuh timbang tara apabila perayu menuntut RM1,224,013.41 tetapi hanya diawardkan jumlah RM525,000 iaitu 42.89% daripada yang dituntutnya; dan (ii) jika jawapan bagi soalan (i) adalah negatif, bagaimana kos timbang tara akan diawardkan dalam keadaan sedemikian. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, atas soalan pertama, memutuskan bahawa kos penuh tidak sepatutnya diawardkan dan, bagi soalan kedua, memutuskan untuk mengawardkan sebanyak 50% daripada kos prosiding timbang tara. Dengan itu, rayuan ini oleh perayu.

Diputuskan (membenarkan rayuan dengan kos)

Oleh Hishamudin Mohd Yunus HMR:

(1) Bagi membangkitkan s. 42(1) Akta Timbang Tara 2005 (`Akta') secara wajar, persoalan yang dirujuk kepada Mahkamah Tinggi mestilah persoalan undang-undang yang wajar dan sah. Dalam kes ini, `persoalan undang-undang' yang dirujuk kepada Mahkamah Tinggi menurut s. 42 bukan persoalan undang-undang yang wajar dan sah.

(2) Dalam prosiding timbang tara, penimbang tara perlu mempertimbangkan bukan sahaja isu tuntutan fi profesional oleh seseorang arkitek, malah ia juga perlu mempertimbangkan isu tuntutan balas responden bagi kemungkiran kontrak dan pelaksanaan kontrak secara cuai oleh pihak perayu, yang tuntutan balasnya telah ditolak oleh penimbang tara. Dalam memutuskan liabiliti bagi kos, penimbang tara, dalam mengawardkan kos penuh kepada perayu, telah dengan betul mengambil kira penolakan tuntutan balas responden dalam prosiding timbang tara. Oleh itu, responden tidak sepatutnya merangka persoalan yang dicadangkan dalam cara yang dibuatnya. Ia bukan sahaja mengelirukan tetapi ia juga perangkaan persoalan yang tidak wajar dengan itu menjadikan soalan tersebut tidak sah.

Oleh Aziah Ali HMR:

(1) Di mana telah ditunjukkan dengan jelas dalam award bahawa terdapat kegagalan jelas oleh penimbang tara untuk melaksanakan budi bicaranya secara kehakiman dalam award untuk kos, maka kekhilafan undang-undang telah berlaku yang menjurus kepada persoalan undang-undang yang boleh dirujuk kepada mahkamah di bawah s. 42 Akta. Seksyen 42 selanjutnya memperuntukkan bahawa ia mesti ditunjukkan bahawa persoalan undang-undang secara substansial menjejaskan hak seorang atau lebih pihak-pihak.

(2) Persoalan kos sememangnya menjejaskan hak pihak-pihak dan hak responden telah terjejas kerana rekod prosiding timbang tara menunjukkan bahawa kos prosiding timbang tara melibatkan jumlah yang agak besar. Walau bagaimanapun, jelas dalam award tidak ada alasan untuk menyokong hujahan responden bahawa penimbang tara telah melakukan kekhilafan dari segi undang-undang. Alasan bagi keputusan atas kuantum kos menunjukkan pelaksanaan budi bicara.

Oleh Hamid Sultan Abu Backer HMR:

(1) Isu kos berkaitan dengan prosiding mahkamah adalah terpulang kepada budi bicara mahkamah. Sebagai hak budi bicara, hanya cara ia diputuskan oleh mahkamah rendah yang boleh disemak. Pelaksanaan budi bicara semata-mata tidak boleh diketengahkan sebagai persoalan undang-undang walaupun litigan tersebut mungkin mempunyai hak untuk menyemak cara isu kos tersebut dipertimbangkan. (Wah Bee Construction Engineering v. Pembenaan Fungsi Baik Sdn Bhd, dirujuk; Majlis Peguam Malaysia v. Raja Segaran Krishnan, dirujuk).

(2) Akta tersebut secara spesifik menyatakan bahawa kos dan perbelanjaan timbang tara adalah budi bicara tribunal timbang tara. Seksyen 8 menghadkan kuasa mahkamah untuk campur tangan dalam bidang kuasa budi bicara penimbang tara. Oleh sebab peranan mahkamah untuk membuat keputusan berkenaan dengan kos atau kuantum telah tersingkir oleh ss. 8 dan 44 Akta, adalah sukar untuk menduga bagaimana isu kos dalam prosiding timbang tara boleh dirangka sebagai persoalan undang-undang bagi pemutusan Mahkamah Tinggi apabila statut telah secara spesifik menafikan Mahkamah Tinggi daripada memutuskan isu kos. Tambahan, A. 69 k. 2(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 juga tidak mempunyai apa-apa hak untuk menyemak atau memutuskan isu kos yang telah dipertimbangkan oleh penimbang tara. Selanjutnya, A. 59 k. 2(2) mengakui peruntukan ss. 8 dan 44 Akta secara tersirat.

Case(s) referred to:

Childs v. Blacker [1954] 1 WLR 809 (refd)

Chin Yoke Choong, Bobby & Anor v. Hong Lam Marine Pte Ltd [2000] 1 SLR 137 (refd)

Crystal Realty Sdn Bhd v. Tenaga Insurance (Malaysia) Sdn Bhd [2008] 3 CLJ 791 CA (refd)

ECM Libra Investment Bank Berhad v. Foo Ai Meng & Ors [2013] 1 LNS 99 CA (refd)

Khalid Panjang & Ors v. PP (No 2) [1964] 1 LNS 60 FC (refd)

Majlis Peguam Malaysia & Ors v. Raja Segaran S Krishnan [2002] 3 CLJ 370 CA (refd)

P Rosen & Co Ltd v. Dowley and Selby [1943] 2 All ER 172 (refd)

Petrolium Nasional Bhd (Petronas) & Anor v. Cheah Kam Chiew [1986] 1 LNS 81 SC (refd)

President of India v. Jadranska Sobodna Plovidba [1992] 2 Lloyd's Law Reports 274 (foll)

Sunway Damansara Sdn Bhd v. Malaysia National Insurance Bhd & Anor [2008] 3 MLJ 872 (refd)

Taman Bandar Baru Masai Sdn Bhd v. Dindings Corporations Sdn Bhd [2010] 5 CLJ 83 HC (refd)

Trustees of Leong San Tong Khoo Kongsi (Penang) Registered & Ors v. Poh Swee Siang [1987] 2 CLJ 302; [1987] CLJ (Rep) 404 SC (refd)

Wah Bee Construction Engineering v. Pembenaan Fungsi Baik Sdn Bhd [1996] 3 CLJ 858 CA (refd)

Legislation referred to:

Arbitration Act 2005, ss. 8, 42(1), 44(1)(a)

Rules of Court 2012, O. 59 rr. 2(1), (2), 12(a), (b), O. 69 r. 2(1)

Counsel:

For the appellant - Ernest Azad; M/s Ernest Azad & Assocs

For the respondent - KL Pang (ZT Chok with him); M/s Cheah Teh & Su

[Appeal from High Court, Shah Alam; Originating Summons No: 24-1736-2011]

Reported by Amutha Suppayah




JURISDICTION: Courts - Inherent jurisdiction - Federal Court - Application to review and set aside decisions of Court of Appeal and Federal Court - Whether jurisdiction of Federal Court under r. 137 Rules of the Federal Court 1995 limited to reviewing its own decisions - Whether Federal Court has jurisdiction to review decisions of other courts - Whether decision in leave application tainted with bias - Whether allegation of bias should have been raised at earliest opportunity available instead of for review - Whether there was basis to invoke r. 137 - Whether fit and proper case to exercise jurisdiction

CIVIL PROCEDURE: Jurisdiction - Federal Court - Inherent jurisdiction - Application to review and set aside decisions of Court of Appeal and Federal Court - Whether jurisdiction of Federal Court under r. 137 Rules of the Federal Court 1995 limited to reviewing its own decisions - Whether Federal Court has jurisdiction to review decisions of other courts - Whether decision in leave application tainted with bias - Whether allegation of bias should have been raised at earliest opportunity available instead of for review - Whether there was basis to invoke r. 137 - Whether fit and proper case to exercise jurisdiction


HALAMAN PERDANA SDN BHD & ORS v. TASIK BAYANGAN SDN BHD
FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
ARIFIN ZAKARIA CJ, ZULKEFLI MAKINUDIN CJ (MALAYA), RICHARD MALANJUM CJ (SABAH & SARAWAK), ABDULL HAMID EMBONG FCJ, ZAINUN ALI FCJ
[CIVIL APPLICATION NO: 08-783-10-2012(B)]
20 MARCH 2014

The applicants, by way of notice of motion (`the motion'), pursuant to s. 96 of the Courts of Judicature Act 1964 (`CJA') and/or r. 137 of the Rules of the Federal Court 1995 (`r. 137'), sought to review the decisions of the Court of Appeal and/or of this court. The background facts were that the applicants had filed an appeal to the Court of Appeal (`COA') before a panel of judges, including Justice Datuk Wira Low Hop Bing (`the COA Judge'). The applicants then filed a leave application to this court which was premised entirely on the issues as pleaded before the High Court and the COA. While the leave application was pending, the applicants filed a review application in the COA (`COA review application') praying for an order that the COA judgment should be reviewed on the ground that there was a real danger of bias on the part of the COA judge when he failed to disclose to the parties that there was an unsettling degree of familiarity between the COA judge and the director of the respondent. At the commencement of the hearing of the leave application, the applicants made an attempt to seek an adjournment in order to allow the COA review application to be determined first, which was refused. The court then dismissed the leave application. Subsequently, the COA review application came up for hearing where the respondent raised a point on jurisdiction contending that the COA had no jurisdiction to review its own decision. Faced with such objections, the applicants applied to withdraw the COA review application. The COA thus struck out the COA review application. The applicants herein prayed for the following orders, ie, (a) that the decision of the Court of Appeal in dismissing the applicants' appeal against the decision of the High Court be set aside and the appeal be reheard (`prayer A'); and (b) that the decisions of the Federal Court vide the notice of motion filed by the applicants in dismissing the applicants' application for adjournment of the hearing of the leave application (`first decision') and in dismissing the leave application (`second decision') be set aside and the leave application be reheard (`prayer B'). The issues that arose for consideration were: (i) whether this court had the jurisdiction to entertain the motion; and (ii) whether on the facts and circumstances of this case, this was a proper case to exercise such jurisdiction.

Held (dismissing motion with costs)

Per Richard Malanjum CJ (Sabah & Sarawak) delivering the judgment of the court:

(1) This court has the jurisdiction to review its own decision in order to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the court (Dato' See Teow Chuan & Ors v. Ooi Woon Chee & Ors And Another Appeal, refd). However, this court has no jurisdiction under r. 137 to review decisions of other courts including that of the Court of Appeal (Sharikat Galian Razak Sdn Bhd lwn. Magical Capital Sdn Bhd, refd). Notwithstanding the foregoing, where the COA is the apex court of any particular case, in view of s. 87 of the CJA, it is also clothed with such inherent power (Harcharan Singh Piara Singh v. PP, refd). As such, the COA review application was an incompetent application ab initio. The COA was not the apex court in this case. Thus, there was no basis in law for the applicants to complain that this court had erred in not allowing an adjournment of the leave application pending the disposal of the COA review application. Hence, prayer A of the motion was a non-starter and an abuse of the process of the court. It was therefore refused. (paras 16-18)

(2) The grant or refusal of an adjournment was entirely an exercise of discretion by the learned judges who heard the leave application. It was obviously not within the ambit of r. 137. Granting the adjournment due to the pending COA review application would have been an exercise in futility. Further, the complaint was primarily based on bias, a ground in which some of the earlier applications under r. 137 succeeded. But, any allegation of bias must be related to the decisions in the leave application and not the COA judgment. To succeed in the motion, the applicants must show that the decisions in the leave application was tainted with bias in the sense that when it was made, there was actual or a real danger of bias. (paras 21, 22 & 26)

(3) The applicants in the motion only averred that their fundamental right to a fair and proper hearing was affected due to a real danger of bias on the part of the COA judge who was the presiding judge of the bench that heard and dismissed the appeal. When the leave application was heard, the applicants already made the allegation of bias against the COA judge in their COA review application. There was nothing to prevent them from submitting the allegation of bias before the learned judges who heard the leave application. Unfortunately, they failed to do so. The allegation of bias should have been raised at the earliest opportunity available instead of coming back for review (Abdol Mulok Awang Damit v. Perdana Industri Holdings Bhd, refd). (paras 27-29)

(4) The jurisdiction of this court under r. 137 is limited to reviewing its own decision. The basis to do so is also very stringent. It may only allow a review of its own decision in order to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the court. Since in the motion there was no allegation of bias or any reason advanced to impugn the decision of this court dismissing the leave application, there was therefore no basis to invoke the power under r. 137. Thus, prayer B was also refused. (paras 31 & 33)

Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes

Pemohon-pemohon, melalui notis usul (`usul'), di bawah s. 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (`AMK') dan/atau k. 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 (`k. 137'), memohon untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan dan/atau mahkamah ini. Fakta latar belakang adalah bahawa pemohon telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan (`MR') di hadapan panel hakim, termasuk Yang Arif Datuk Wira Low Hop Bing (`Hakim MR'). Pemohon-pemohon kemudiannya memfailkan permohonan kebenaran kepada mahkamah ini berdasarkan isu-isu yang diplidkan di hadapan Mahkamah Tinggi dan MR. Sementara permohonan kebenaran masih belum diputuskan, pemohon-pemohon telah memfailkan permohonan menyemak semula di MR (`permohonan semakan semula MR') menuntut satu perintah bahawa penghakiman MR harus disemak semula atas alasan bahawa terdapat bahaya berat sebelah pada pihak hakim MR apabila beliau gagal mendedahkan kepada pihak-pihak terlibat bahawa terdapat hubungan di tahap yang tidak menyenangkan di antara Hakim MR dan pengarah responden. Pada permulaan perbicaraan permohonan kebenaran, pemohon telah mencuba untuk mendapatkan penangguhan supaya permohonan semakan semula MR boleh diputuskan terlebih dahulu, tetapi ia ditolak. Selepas itu, mahkamah telah menolak permohonan kebenaran. Kemudian, permohonan semakan semula telah dibicarakan di mana responden membangkitkan isu berkenaan bidang kuasa dengan menghujahkan bahawa MR tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak semula keputusannya sendiri. Berhadapan dengan bantahan-bantahan itu, pemohon-pemohon memohon untuk menarik balik permohonan semakan semula MR. MR, oleh itu, membatalkan permohonan semakan semula MR. Pemohon-pemohon di sini menuntut perintah-perintah berikut, iaitu, (a) bahawa keputusan MR menolak rayuan pemohon-pemohon terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan dan rayuan dibicarakan semula (`tuntutan A'); dan (b) bahawa keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan melalui notis usul yang difailkan oleh pemohon-pemohon dalam menolak permohonan pemohon untuk penangguhan perbicaraan permohonan kebenaran (`keputusan pertama') dan menolak permohonan kebenaran (`keputusan kedua') diketepikan dan permohonan kebenaran dibicarakan sekali lagi (`tuntutan B'). Isu-isu yang dibangkitkan untuk pertimbangan adalah (i) sama ada mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan usul ini; dan (ii) sama ada berdasarkan fakta dan keadaan kes ini, ia adalah kes yang berpatutan untuk melaksanakan bidang kuasa sebegini.

Diputuskan (menolak usul dengan kos)

Oleh Richard Malanjum HB (Sabah & Sarawak) menyampaikan penghakiman mahkamah:

(1) Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk menyemak semula keputusannya sendiri supaya dapat mengelakkan ketidakadilan atau untuk mengelakkan penyalahgunaan proses mahkamah (Dato' See Teow Chuan & Ors v. Ooi Woon Chee & Ors And Another Appeal, dirujuk). Walau bagaimanapun, mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa di bawah k. 137 untuk menyemak semula keputusan mahkamah lain termasuk Mahkamah Rayuan (Sharikat Galian Razak Sdn Bhd lwn. Magical Capital Sdn Bhd, dirujuk). Walaupun begitu, di mana Mahkamah Rayuan adalah mahkamah tertinggi bagi sesuatu kes tertentu, berdasarkan s. 87 AMK, ia mempunyai kuasa sedia ada (Harcharan Singh Piara Singh v. PP, dirujuk). Oleh itu, permohonan semakan semula MR adalah permohonan ab initio yang tidak kompeten. MR bukan mahkamah yang tertinggi dalam kes ini. Oleh itu, tiada asas undang-undang untuk pemohon-pemohon membuat aduan bahawa mahkamah ini telah terkhilaf kerana tidak membenarkan penangguhan permohonan kebenaran sementara menunggu pelupusan permohonan semakan semula MR. Maka, tuntutan A tidak sepatutnya dimulakan dan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Dengan itu, ia telah ditolak.

(2) Pemberian atau penafian penangguhan adalah perlaksanaan budi bicara sepenuhnya oleh yang arif hakim yang mendengar permohonan kebenaran. Ia jelas tidak terangkum dalam lingkungan k. 137. Membenarkan penangguhan berdasarkan permohonan semakan semula MR akan menjadi usaha sia-sia. Tambahan, aduan adalah berdasarkan berat sebelah, satu alasan yang berjaya digunakan dalam permohonan-permohonan sebelum ini di bawah k. 137. Tetapi, sebarang dakwaan berat sebelah mesti mempunyai kaitan dengan keputusan dalam permohonan kebenaran dan bukan penghakiman MR. Untuk berjaya dalam usul ini, pemohon-pemohon harus menunjukkan bahawa keputusan dalam permohonan kebenaran dicemari dengan berat sebelah dalam erti kata bahawa apabila ia dibuat, terdapat bahaya berat sebelah yang benar dan nyata.

(3) Pemohon-pemohon dalam usul hanya menegaskan bahawa hak asasi mereka kepada perbicaraan yang adil dan saksama telah terjejas kerana terdapat bahaya berat sebelah yang nyata dari pihak Hakim MR yang merupakan hakim yang mempengerusikan perbicaraan dan menolak rayuan. Apabila permohonan kebenaran dibicarakan, pemohon telah membuat dakwaan berat sebelah terhadap Hakim MR dalam permohonan semakan semula MR. Tiada apa-apa yang menghalang mereka daripada mengemukakan dakwaan berat sebelah di hadapan yang arif hakim yang mendengar permohonan kebenaran. Malangnya, mereka gagal berbuat demikian. Dakwaan berat sebelah harus dibangkitkan seawal-awalnya dan bukan dibawa untuk semakan (Abdol Mulok Awang Damit v. Perdana Industri Holdings Bhd, dirujuk).

(4) Budi bicara mahkamah ini di bawah k. 137 adalah terhad kepada mengkaji keputusannya sendiri. Asas untuk berbuat demikian juga sangat ketat. Ia hanya boleh membenarkan kajian semula keputusannya sendiri demi mengelakkan ketidakadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah. Oleh kerana dalam usul tiada dakwaan berat sebelah atau apa-apa alasan untuk mempersoalkan keputusan mahkamah dalam menolak permohonan kebenaran, maka tiada asas untuk menggunakan kuasa di bawah k. 137. Oleh itu, tuntutan B juga ditolak.

Case(s) referred to:

Abdol Mulok Awang Damit v. Perdana Industri Holdings Bhd [2003] 3 CLJ 497 CA (refd)

Dato' Abu Hasan Sarif v. Dato' Dr Abd Isa Ismail [2012] 2 CLJ 649 FC (refd)

Dato' See Teow Chuan & Ors v. Ooi Woon Chee & Ors And Another Appeal [2013] 4 CLJ 901 FC (refd)

David Wong Hon Leong v. Noorazman Adnan [1995] 4 CLJ 155 CA (refd)

Harcharan Singh Piara Singh v. PP [2011] 6 CLJ 625 FC (refd)

Metramac Corporation Sdn Bhd v. Fawziah Holdings Sdn Bhd; Tan Sri Halim Saad & Che Abdul Daim Hj Zainuddin (Interveners) [2007] 4 CLJ 725 FC (refd)

Sharikat Galian Razak Sdn Bhd lwn. Magical Capital Sdn Bhd [2013] 9 CLJ 141 FC (refd)

Tradium Sdn Bhd v. Zain Azahari Zainal Abidin & Anor [1996] 2 CLJ 270 CA (refd)

Yoong Sze Fatt v. Pengkalen Securities Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 484 CA (refd)

Legislation referred to:

Courts of Judicature Act 1964, ss. 87, 96

Rules of the Federal Court 1995, r. 137

Kaunsel:

For the applicants - Malik Imtiaz Sarwar (Gobind Singh Deo, Tan Jee Tjun & Pavendeep Singh with him); M/s Thomas Philip

For the respondent - K Kirubakaran (Max Yong & S Malar with him); M/s Kiru & Yong

[Review of Federal Court Civil Application No: 08(F)-6-01-2012(B)]

Reported by Suhainah Wahiduddin




UNDANG-UNDANG JENAYAH: Kanun Keseksaan - Seksyen 379/511 - Mencuri - Kesalahan cubaan mencuri batang kabel milik Telekom Malaysia - Kegagalan memanggil saksi penting - Sama ada anggapan bertentangan di bawah s. 114(g) Akta Keterangan 1950 digunapakai - Sama ada meruntuhkan kes pendakwaan - Sama ada tertuduh mempunyai niat curang untuk mengambil harta boleh alih - Sama ada terdapat niat mencuri atau cubaan mencuri - Sama ada terdapat keraguan dan lompang di dalam kes pendakwaan - Sama ada wajar dan selamat untuk melepaskan dan membebaskan tertuduh


PP lwn. IQBAR SYAZWAN OTHMAN & YANG LAIN [2014] 1 SMC 23
MAHKAMAH MAJISTRET, KANGAR
ZUHAIR ROSLI MJ
[KES TANGKAP NO: 83-1010-12-2011]
11 JULAI 2013

Ketiga-tiga tertuduh (`OKT-OKT') telah dituduh melakukan kesalahan cubaan mencuri dua batang kabel panjang lebih kurang lima kaki milik Telekom Malaysia (`TM'), iaitu satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 379/511 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama s. 34 Kanun yang sama. Saksi-saksi pendakwaan, terutamanya SP3, SP4, SP5 dan SP6 memberi keterangan bahawa OKT-OKT yang merupakan kontraktor syarikat Banir Tembusu sememangnya mempunyai akses untuk masuk ke dalam kawasan TM dan mengambil kabel-kabel yang berkaitan sepertimana arahan kerja yang diterima oleh mereka dari pihak TM. Tetapi, dalam kes ini, dua batang kabel skrap itu tidak boleh diambil keluar namun telah dijumpai di dalam lori mereka. OKT-OKT pula menyatakan bahawa mereka mengambil dua batang kabel tersebut atas arahan majikan mereka dan diperlukan untuk dibuat ujian.

Diputuskan (melepaskan dan membebaskan OKT-OKT):

(1) Borang permintaan barang eks. P6 yang menyatakan permohonan keluarkan barang telah ditandatangani oleh OKT3 bersama dengan satu Azni Saad. Sebagai pengesahan atas dokumen yang disediakan oleh OKT3, pihak pendakwaan wajar memanggil Azni Saad untuk menutup segala kemusykilan berkenaan perkara ini. Borang eks. P6 yang sepatutnya menjadi dokumen penting bagi membuktikan kes pendakwaan ke atas OKT-OKT telah menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan. Kelemahan penyiasatan pegawai penyiasat asal SP8 turut menyumbang kepada kegagalan pendakwaan untuk membuktikan kes mereka ke atas OKT-OKT. Ini dapat dilihat daripada keterangan SP8 yang tidak memanggil majikan OKT-OKT untuk mengesahkan dakwaan OKT-OKT bahawa mereka mengambil kabel atas arahan majikan mereka. (perenggan 11 & 13)

(2) Mahkamah perlu mendengar saksi-saksi penting untuk mendapatkan penjelasan dan perkara sebenar berkenaan apa yang telah terjadi pada masa kejadian. Kegagalan untuk memanggil Azni Saad di peringkat pendakwaan membuatkan mahkamah ini menggunapakai "adverse inference" di bawah s. 114(g) Akta Keterangan 1950. Keengganan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi penting sama sekali meruntuhkan kes pihak pendakwaan. (perenggan 15)

(3) Niat curang OKT-OKT tidak dapat dibuktikan. Selanjutnya, daripada keterangan SP3, dinyatakan kontraktor telah melanggar kontrak dengan membawa keluar kabel skrap itu tanpa kebenaran TM. Secara tidak langsung, liabiliti dan kesalahan adalah pada pihak kontraktor dan pihak TM mempunyai remedi lain dengan membatalkan kontrak dengan syarikat Banir Tembusu serta memfailkan tindakan undang-undang saman sivil ke atas kontraktor itu. Pertuduhan jenayah terhadap OKT-OKT adalah akibat tindakan mereka yang diarahkan oleh majikan dan sama sekali tiada niat mencuri mahupun cubaan mencuri. (perenggan 20)

(4) Adalah lebih wajar dan selamat untuk OKT-OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berdasarkan keraguan (doubt) dan lompang (gap) yang wujud dalam kes pihak pendakwaan. Oleh itu, OKT-OKT dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri. Mahkamah turut memerintahkan agar barang-barang dipulangkan kepada pengadu melalui pihak polis. (perenggan 22)

Kes-kes yang dirujuk:

PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 CA (diikuti)

Tai Chai Keh v. PP [1948] 1 LNS 122 CA (diikuti)

Perundangan yang dirujuk:

Criminal Procedure Code, s. 51A

Evidence Act 1950, s. 114(g)

Penal Code, ss. 34, 379, 511

Kaunsel:

Bagi pihak pendakwaan - Noor Syazwani Mohamad Sobry; TPR

Bagi pihak tertuduh - Zuhair Ahmad Zakuan (Rabiatul Adawiah Ramli bersamanya); T/n Haffiz Zuhair & Co

Dilaporkan oleh Suhainah Wahiduddin

Secured By Global Sign