LAND LAW: Caveat - Private caveat - Application for extension of - Whether there was binding and enforceable contract to claim title to registered land - Whether plaintiff had requisite interest to be vested with right to enter private caveat - Whether court has power to extend caveat that has been cancelled or removed - Whether caveat had lapsed and no longer had any effect or validity - National Land Code, s. 326(1), (1A), (2) & (3)

LAND LAW: Caveat - Private caveat - Application for extension of - Court's power to extend caveat under National Land Code - Whether limited to caveat that is in force - Whether Registrar of Titles had rightly acted within his powers in accordance with provisions of s. 326(1), (1A) & (3) National Land Code to remove caveat - Whether caveat had lapsed and no longer had any effect or validity


MAHABUILDERS SDN BHD v. PENTADBIR TANAH JOHOR BAHRU & ANOR
HIGH COURT MALAYA, JOHOR BAHRU
GUNALAN MUNIANDY JC
[ORIGINATING SUMMONS NO: 24M-359-11-2012]
3 JULY 2013

The plaintiff filed an originating summons under s. 326(2) of the National Land Code ('NLC') for an extension of the validity period of a private caveat that the plaintiff had entered on a piece of land owned by the second defendant ('the said land'). The background facts were that pursuant to negotiations entered into between the parties regarding the said land, the plaintiff had paid a 10% deposit to the second defendant. However, a dispute arose between the parties as to the terms and conditions of the sale and purchase agreement ('S&P'). The second defendant, Hotel Rasa Sayang Sdn Bhd, eventually aborted the sale and returned the deposit to the plaintiff. Prior to the hearing of the instant application, the Registrar of Titles ('the Registrar') had removed the said caveat. It was the second defendant's submission that there was no concluded agreement to sell the subject property as consensus ad idem had not been reached between the parties and on this ground, the plaintiff had no caveatable interest to enter the caveat over the said land.

Held (dismissing application):

(1) There was no binding and enforceable contract for the plaintiff to lay any claim to the title to the registered land to confer on the plaintiff a caveatable interest. For all intents and purposes, the second defendant never executed any S&P with the plaintiff. As such, the plaintiff did not have the requisite interest to be vested with the right to enter the said private caveat. (paras 3 & 4)

(2) It is trite law that the court's power to extend a caveat under s. 326(2) of the NLC is limited to a caveat that is still in force or `alive' and does not extend to a caveat that has already been cancelled or removed. The caveat in this case had lapsed upon the expiry of the notice for removal of the caveat (Form 19C) two months after it was served without any court order extending the validity of the caveat. It was thus incumbent upon the Registrar to cancel the caveat and remove it from the register as it was no longer in force. Hence, the Registrar had rightly acted within his powers in accordance with the provisions of s. 326(1),(1A) and (3) of the NLC to remove the caveat and cancel the entry from the register document of title as it no longer had any effect or validity. (paras 5, 6 & 8)

Case(s) referred to:

Manian Kandasamy v. Pentadbir Tanah Daerah Raub & Anor [2011] 7 CLJ 583 CA (refd)

Murugappa Chettiar Lakshamanan (Wasi Tunggal Harta Pesaka MRL Murugappa Chettiar, Simati) v. Lee Teck Mook [1995] 2 CLJ 545 CA (refd)

Legislation referred to:

National Land Code, ss. 326(1), (1A), (2), (3)

Counsel:

For the plaintiff - L Parthiban (Shobana Mala Krishnan with him); M/s L Parthiban, Zulkiflee & Syed Sadik

For the 1st defendant - Anis Wahidah Mohamed; FC

For the 2nd defendant - Wong Kim Fatt (Wong Boon Chong with him); M/s Gulam & Wong

Reported by Suhainah Wahiduddin




UNDANG-UNDANG BURUH: Caruman - Wang simpanan pekerja - Kegagalan majikan memasukkan caruman - Percanggahan slip-slip gaji - Kesahihan dan kebolehterimaan - Status elaun dan komisyen - Sama ada tersenarai dalam takrif upah - Sama ada diwajibkan potongan caruman - Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, s. 43(2)

KETERANGAN: Keterangan bercanggah - Caruman - Wang simpanan pekerja - Kegagalan majikan membuat caruman upah pekerja - Keterangan dokumentar - Percanggahan slip-slip gaji - Kesahihan dan kebolehterimaan - Sama ada slip gaji yang dikemukan majikan suatu fikiran terkemudian - Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, s. 43(2)


KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA lwn. IGLOO ICE SDN BHD [2013] 2 SMC 22
MAHKAMAH MAJISTRET, BUKIT MERTAJAM
MOHD AZHAR HAMZAH MJ
[SAMAN NO: 87-1174-2011]
16 JUN 2012

Orang kena saman ('OKS') dalam kes ini telah dituduh di bawah s. 43(2) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 ('Akta KWSP') atas kesalahan tidak menyerahkan wang caruman berjumlah RM528 bagi upah bulan Disember 2009 kepada pengadu ('SP1') yang merupakan bekas pekerjanya. SP1 telah mengemukakan slip gaji yang diterima olehnya bagi bulan Disember 2009 (`P3') dengan jumlah kasar pendapatan sebanyak RM3,509.85. Walaupun mengakui bahawa SP1 pernah berkerja dengan syarikatnya, OKS menafikan kesahihan P3 dan sebaliknya mengemukakan slip gaji untuk bulan yang sama ('D10D') dengan jumlah kasar pendapatan sebanyak RM710. Di hadapan mahkamah, isu-isu yang dibangkitkan adalah: (i) status elaun dan komisyen yang diperolehi oleh seseorang pekerja, iaitu, sama ada kedua-duanya tersenarai dalam takrif upah yang mewajibkan potongan caruman KWSP dikenakan ke atas majikan dan pekerja; (ii) pembuktian pengadu sebagai pekerja OKS; (iii) percanggahan antara slip-slip gaji yang dikemukakan oleh SP1 dan OKS; dan (iv) kegagalan memasukkan caruman bagi bulan Disember 2009.

Diputuskan (mensabitkan tertuduh):

(1) SP1 telah mengaku bahawa beliau menjadi pekerja OKS dari tahun 2004 hingga 2010. Senarai pengkreditan yang dikemukakan oleh pihak KWSP membuktikan bahawa OKS ada memasukkan sejumlah wang caruman ke dalam akaun KWSP SP1 sebagai majikannya. Ini adalah bukti yang jelas dan konklusif bahawa SP1 pernah bekerja dengan OKS. Persamaan nama dan kad pengenalan SP1 pada sijil yang dikeluarkan oleh KWSP menunjukkan bahawa penama pada sijil dan SP1 adalah orang yang sama. Oleh itu, kesahihan SP1 sebagai bekas pekerja OKS telah terbukti. (perenggan 10-12)

(2) Berdasarkan s. 2 Akta KWSP, adalah jelas bahawa jumlah elaun yang diterima oleh pihak pekerja adalah sebahagian daripada jumlah yang patut dicarum oleh pihak majikan dan pekerja. SP1 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau dibayar 5 sen bagi setiap paket ais yang dijualnya. Jumlah ini dikira sebagai elaun dalam slip gaji. Oleh itu, pembayaran ini juga boleh dikira sebagai komisyen penjualan pada setiap paket ais yang dijual. (perenggan 9)

(3) Pihak pembelaan gagal mencabar kredibiliti SP1 dan tidak menimbulkan sebarang keraguan yang menunjukkan bahawa SP1 mempunyai motif untuk mengenakan OKS dengan membuat tuntutan palsu kepada KWSP. Oleh itu, SP1 adalah saksi yang benar dan P3 adalah sahih. Sebaliknya, D10D telah dikemukakan pada peringkat pembelaan dan merupakan perkara yang difikirkan terkemudian. D10D adalah dokumen yang baru dibuat dan dicetak oleh pihak pembelaan selepas pembelaan dipanggil untuk meletakkan D10D selari dengan garisan pembelaan OKS. (perenggan 14-16)

(4) Dengan penerimaan P3, jumlah caruman syer majikan yang dimasukkan oleh OKS ke dalam akaun KWSP SP1 adalah tidak bertepatan dengan kehendak undang-undang yang memperuntukkan bahawa sejumlah wang mestilah dicarum. Jumlah yang sepatutnya dimasukkan sebagai syer majikan adalah berkurangan sebanyak RM528. Berdasarkan s. 64 Akta KWSP, jumlah RM48,721 adalah jumlah yang mesti dibayar oleh OKS ke dalam akaun KWSP SP1. (perenggan 17, 18 & 20)

(5) OKS didapati bersalah dan selepas rayuan peringanan dan pemberatan, mahkamah mensabitkan OKS dan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 yang mana jika gagal dibayar, dikenakan hukuman penjara enam bulan. OKS juga diperintahkan membayar tunggakan caruman KWSP berjumlah RM48,721 kepada SP1. (perenggan 2 & 22)

Kes-kes yang dirujuk:

Ang Theam Choom v. PP [2002] 4 CLJ 538 CA (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:

Employees Provident Fund Act 1991, ss. 2, 63(1)

Kaunsel:

Bagi pihak pendakwaan - Badrul Hisham Hasanuddin (Nurshatina Shueed bersamanya); Pegawai Pendakwa KWSP

Bagi pihak pembelaan - Kumar Raghanan; T/n Nisha Kumar & Partners

Dilaporkan oleh Najib Tamby