ADMINISTRATIVE LAW: Exercise of administrative powers - Legitimate expectation - Claim for native customary rights over land - Basis for invocation of jurisprudence relating to legitimate expectation - Whether rights recognised under law - Whether doctrine of legitimate expectation applicable
LAND LAW: Customary land - Right to - Claim for native customary rights over land - Whether issue of NCR in accordance with customary law - Whether land fell under definition of "reserved land" - Whether NCR could be created over reserved land - Whether NCR could only be created over Interior Area Land - Whether permit to create NCR obtained - Whether NCR contravened Forest Ordinances - Land Code (Sarawak Cap 81), ss. 2, 5(1), 10(3)
NATIVE LAW AND CUSTOM: Land dispute - Customary rights over land - Claim for - Whether issue of NCR in accordance with customary law - NCR purportedly acquired from Berawan community - Whether Berawan community had NCR rights over land - Whether NCR could be transferred from one community to another
NATIVE LAW AND CUSTOM: Land dispute - Customary rights over land - Claim for - Whether issue of NCR in accordance with customary law - Whether land fell under definition of "reserved land" - Whether NCR could be created over reserved land - Whether NCR could only be created over Interior Area Land - Whether permit to create NCR obtained - Whether NCR contravened Forest Ordinances - Land Code (Sarawak Cap 81), ss. 2, 5(1), 10(3)
GOVERNMENT OF THE STATE OF SARAWAK v. LAH ANYIE & ORS
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
ABDUL WAHAB PATAIL JCA; TENGKU MAIMUN JCA; HAMID SULTAN ABU BACKER JCA
[CIVIL APPEAL NO: Q-01-254-10]
1 APRIL 2013
The respondents'/plaintiffs' action was to seek declarations to assert their native customary rights (`NCR') claims against the defendants. The plaintiffs who belonged to the Kayan/Kenyah communities acquired the purported NCR over the disputed land in the year 1964. The plaintiffs were permitted by the Berawan community to settle in the claimed area and had subsequently obtained a tacit approval to occupy, pursuant to a letter dated 27 January 1969 from the District Officer, Baram. The learned trial judge held that the plaintiffs had lawfully acquired NCR over the claimed area. Hence, the appeal by the defendants. The issues to be considered by the court were: (i) whether the learned trial judge erred in law and in fact in finding and declaring that the land claimed by the plaintiffs under NCR is "native customary land"; (ii) whether native customary rights could subsist in the land claimed by the plaintiffs under NCR upon the said land becoming part of the Bok-Tisam Protected Forest (`BTPF') or Reserved Land; (iii) whether the learned trial judge erred in law and in fact in holding that it would be unjust and unconscionable to the respondents/plaintiffs to allow the plaintiffs to rely upon the protected forest and the provisions of the Forest Ordinance to defeat the plaintiff's claim or to deny them the legitimate expectation that they would be allowed to live, occupy and cultivate the land; (iv) whether the plaintiffs acquired NCR over the land; and (v) whether NCR could subsist in the land claimed under NCR upon it becoming part of Forest Reserve.
Held (allowing appeals with costs)
Per Hamid Sultan Abu Backer JCA delivering the judgment of the court:
(1) It is well settled in accordance with s. 5(1) of the Land Code of Sarawak (`Land Code') that the issue of NCR must be in accordance with the customary law of the community concerned and the land must be an Interior Area Land. There must also be a permit issued under s. 10(3) of the Land Code. In the instant case, the claimed land fell under the BTPF and was so proclaimed under the Lands Ordinance of Sarawak in 1951. The BTPF comes within the definition of "Reserved Land" under s. 2 of the Land Code. By virtue of s. 5(1), NCR land can only be created after 1 January 1958 over the Interior Area Land which cannot include Reserved Land like the BTPF. Since the claimed area fell within the BTPF, no NCR could be created after 1 January 1958 over the claimed area which was undisputedly Reserved Land and not Interior Area Land. (para 15)
(2) The plaintiffs had also never proved that they had obtained any permit under s. 10(3) of the Land Code to create NCR over the claimed area. Such permit can only be issued over Interior Area Land. (para 15)
(3) No permit, licence or authority pursuant to s. 33 of the Forests Ordinance 1934 and s. 36 of the Forest Ordinance 1953 from the Conservator/Director of Forests, creating the rights for the Berawans and the plaintiffs within the BTPF, had been adduced in evidence at the High Court. Therefore, any alleged rights created would have been in contravention of the express provisions of the said Forest Ordinances and should not be enforced by declaratory orders from the court. (para 16)
(4) Based on the official records, there was no evidence that the Berawans had any NCR rights within the BTPF prior to 1964 when they purportedly "gave" their NCR land within the BTPF to the plaintiffs. Hence, the decision by the learned judge, that even though the land claimed was untitled State Land albeit within the BTPF and therefore NCR could still subsist, could not be sustained both on law and in fact. (para 16)
(5) It is well settled that NCR cannot be transferred from one community to another or even within the same community unless the custom allows for it. There was no evidence of any Berawan custom which entitled the community to "give" away their NCR land to another totally different community/communities. In any event, the very nature of native customary tenure over land requires the natives to be in continuous occupation of their land and characterised their unique connection and attachment to their ancestral land. (paras 6 & 16)
(6) The doctrine of legitimate expectation cannot create a right when such right does not exist but may give some form of limited relief to the litigant if there is some unfairness or conduct which led the litigant to suffer inconvenience or damages. To entail the litigant to obtain the relief, it must be pleaded in the right perspective and cannot be claimed based on a purported right which the law does not recognise under s. 5 of the Land Code. The fact that the government authorities had conducted themselves in a manner to support the plaintiffs' claim could not be a basis in law to invoke the jurisprudence relating to legitimate expectation to assert a right which the law does not recognise. (paras 21 & 22)
Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes
Tindakan responden-responden/plaintif-plaintif adalah untuk memohon deklarasi untuk mengesahkan tuntutan hak adat anak negeri (`HAAN') terhadap defendan-defendan. Plaintif-plaintif yang terdiri daripada suku kaum Kayan/Kenyah memperoleh HAAN yang dinyatakan terhadap tanah yang dipertikaikan tersebut pada tahun 1964. Plaintif-plaintif dibenarkan oleh suku kaum Berawan untuk menduduki kawasan yang dituntut dan kemudian telah memperoleh kelulusan tersirat untuk menduduki, menerusi sepucuk surat yang bertarikh 27 Januari 1969 daripada Pegawai Daerah, Baram. Yang arif hakim bicara memutuskan bahawa plaintif-plaintif telah memperoleh HAAN yang sah terhadap kawasan yang dituntut. Maka rayuan ini oleh defendan-defendan. Isu-isu yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah adalah: (i) sama ada yang arif hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam dapatan dan pengisytiharan bahawa tanah tersebut yang dituntut oleh plaintif-plaintif di bawah HAAN adalah "tanah adat anak negeri"; (ii) sama ada hak adat anak negeri boleh kekal dalam tanah yang dituntut oleh plaintif-plaintif di bawah HAAN selepas tanah tersebut dijadikan sebahagian dari Hutan Simpanan Bok Tisam (`HSBT') atau Tanah Rezab; (iii) sama ada yang arif hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam memutuskan bahawa adalah tidak adil dan tidak berpatutan bagi plaintif-plaintif untuk membenarkan defendan-defendan bergantung kepada Hutan Simpanan dan peruntukan Ordinan Hutan untuk menyangkal tuntutan plaintif-plaintif atau menafikan harapan mereka yang sah bahawa mereka akan dibenarkan menetap, menduduki dan mengusahakan tanah tersebut; (iv) sama ada plaintif-plaintif memperoleh HAAN terhadap tanah tersebut; dan (v) sama ada HAAN boleh kekal dalam tanah yang dituntut di bawah HAAN selepas ia menjadi sebahagian dari Hutan Simpanan.
Diputuskan (membenarkan rayuan-rayuan dengan kos)
Oleh Hamid Sultan Abu Backer HMR menyampaikan penghakiman mahkamah:
(1) Adalah matan bahawa berikutan s. 5(1) Kanun Tanah Sarawak (`Kanun'), pemberian HAAN mestilah menurut undang-undang adat suku kaum yang terlibat dan tanah tersebut mestilah Tanah Kawasan Pedalaman. Juga, perlu ada permit yang dikeluarkan di bawah s. 10(3) Kanun. Dalam kes ini, tanah yang dituntut terangkum di bawah HSBT dan telah diisytiharkan sedemikian di bawah Ordinan Tanah Sarawak pada tahun 1951. HSBT terangkum dalam tafsiran "Tanah Rezab" di bawah s. 2 Kanun. Berikutan s. 5(1), tanah HAAN hanya boleh dibentuk selepas 1 Januari 1958 ke atas Tanah Kawasan Pedalaman yang tidak termasuk Tanah Rezab seperti HSBT. Oleh sebab kawasan yang dituntut terangkum dalam HSBT, HAAN tidak boleh dibentuk selepas 1 Januari 1958 terhadap kawasan yang dituntut yang tidak dipertikaikan adalah Tanah Rezab dan bukan Tanah Kawasan Pedalaman.
(2) Plaintif-plaintif juga tidak membuktikan bahawa mereka telah memperoleh apa-apa permit di bawah s. 10(3) Kanun untuk membentuk HAAN terhadap kawasan yang dituntut. Permit sedemikian hanya boleh diberikan terhadap Tanah Kawasan Pedalaman.
(3) Tidak ada permit, lesen atau kuasa berdasarkan s. 33 Ordinan Hutan 1934 dan s. 36 Ordinan Hutan 1953 daripada Konservator/Pengarah Perhutanan, membentuk hak-hak bagi suku kaum Berawan dan plaintif-plaintif dalam HSBT, yang dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah Tinggi. Oleh itu, apa-apa dakwaan hak yang dibentuk adalah bertentangan dengan peruntukan langsung Ordinan Hutan tersebut dan tidak sepatutnya dikuatkuasakan oleh perintah deklarasi dari mahkamah.
(4) Berdasarkan kepada rekod rasmi, tidak ada keterangan bahawa suku kaum Berawan mempunyai apa-apa hak HAAN dalam HSBT tersebut sebelum tahun 1964 apabila mereka dikatakan "memberikan" tanah HAAN mereka dalam HSBT kepada plaintif-plaintif. Oleh itu, keputusan yang arif hakim, bahawa walaupun tanah yang dituntut tersebut adalah Tanah Negeri yang tidak bermilik meskipun dalam HSBT dan dengan itu HAAN masih dimiliki, tidak boleh dipertahankan di sisi undang-undang dan fakta.
(5) Adalah matan bahawa HAAN tidak boleh dipindah milik daripada satu suku kaum kepada satu suku kaum yang lain mahupun di antara suku kaum itu sendiri kecuali adat membenarkannya. Tidak ada keterangan bahawa mana-mana adat suku kaum Berawan yang memberikan hak kepada suku kaum tersebut "memberikan" tanah HAAN mereka kepada satu suku kaum yang ternyata berlainan. Walau apapun, sifat pemegangan adat anak negeri terhadap tanah memerlukan anak negeri menetap secara berterusan di tanah mereka dan memberikan gambaran kaitan dan kesetiaan unik mereka kepada tanah pusaka mereka.
(6) Doktrin harapan sah tidak boleh membentuk suatu hak apabila hak sedemikian tidak wujud, tetapi boleh memberikan suatu bentuk relif terhad kepada pelitigasi jika terdapat ketidakadilan atau tindakan yang mengakibatkan pelitigasi mengalami kesusahan dan kerugian. Untuk memerlukan pelitigasi memperoleh relif tersebut, ia mesti diplidkan dalam perspektif yang betul dan tidak boleh dituntut berdasarkan kepada hak yang dimaksudkan yang tidak diiktiraf di sisi undang-undang di bawah s. 5 Kanun. Fakta bahawa pihak berkuasa kerajaan telah menonjolkan diri mereka sebagai menyokong tuntutan pihak plaintif tidak boleh dijadikan asas undang-undang untuk membangkitkan jurisprudens berkaitan dengan harapan sah untuk menegaskan hak yang tidak diiktiraf oleh undang-undang.
Case(s) referred to:
A-G of Hong Kong v. Ng Yuen Shiu [1983] 2 All ER 346 (refd)
Ara Aman & Ors v. Superintendent of Lands and Mines, 2nd Div [1973] 1 LNS 5 HC (refd)
Bisi Jinggot @ Hilarion Bisi Jenggut v. Superintendent of Lands and Survey Kuching Division & Ors [2012] 1 LNS 260 CA (refd)
Bisi Jinggot v. Superintendent of Lands and Survey Kuching Division & Ors [2008] 5 CLJ 606 HC (refd)
Boo Are Ngor v. Chua Mee Liang [2008] 4 CLJ 533 CA (refd)
Chor Phaik Har & Ors v. Choong Lye Hock Estates Sdn Bhd & Ors [1996] 4 CLJ 141 CA (refd)
Darahman Ibrahim & Ors v. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis & Ors [2008] 4 CLJ 538 CA (refd)
Ghaziabad Development Authority v. Delhi Auto & General Finance Pvt Ltd [1994] 4 SCC 42 (refd)
Hamit Matusin v. Superintendent of Lands and Surveys & Anor [2001] 6 CLJ 303 HC (refd)
Hamit Matusin & Ors v. Superintendent of Lands & Surveys & Anor [1991] 2 CLJ 1524; [1991] 2 CLJ (Rep) 677 HC (refd)
John Peter Berthelsen v. Director-General of Immigration, Malaysia & Ors [1986] 2 CLJ 409; [1986] CLJ (Rep) 160 SC (refd)
Kesatuan Sekerja Pembuatan Barangan Galian Bukan Logam v. Director General of Trade Unions & 3 Ors [1990] 2 ILR 97 HC (refd)
Madeli Salleh v. Superintendent of Lands & Surveys & Anor [2005] 3 CLJ 697 CA (refd)
North East Plantations Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Dungun & Anor [2011] 2 CLJ 392 CA (refd)
R v. Secretary of State for the Home Department, ex p Ruddock [1987] 2 All ER 518 (refd)
R v. Secretary of State for Transport ex p. Richmond upon Thames London BC [1994] 1 All ER 577 (refd)
Schmidt v. Secretary of State for Home Affairs [1969] 2 Ch 149 (refd)
Sia Siew Hong & Ors v. Lim Gin Chian & Anor [1996] 3 CLJ 26 CA (refd)
Sidek Hj Muhamad & Ors v. The Government of the State of Perak & Ors [1982] CLJ 244; [1982] CLJ (Rep) 321 FC (refd)
Union of India v. Hindustan Development Corp AIR 1994 SC 988 (refd)
Legislation referred to:
Forests Ordinance (Cap 31) 1934, ss. 33, 36
Land Code (Sarawak Cap 81), ss. 2, 5(1), (2)(f), 10(3), 38, 44, 209(1), (2)
Other source(s) referred to:
De Smith's Judicial Review, 6th edn, pp 609, 612, 613
Counsel:
For the appellant - JC Fong (Talat Mahmood Abdul Rashid & Lonie Pinda with him); Sarawak AG's Chambers
For the respondent - Harisson Ngau (Kalveet Sandhu with him); M/s Sandhu & Co
[Appeal from High Court, Miri; Suit No: 22-59-97 (MR)]
Reported by S Barathi
TORT: Kecuaian - Kemalangan jalan raya - Kecederaan akibat terlanggar lubang di atas jalan - Kerja-kerja penyelenggaraan dan penampalan jalan dijalankan secara berperingkat - Sama ada tanda amaran diletakkan - Sama ada penunggang motosikal cuai - Sama ada defendan pertama boleh disaman di bawah s. 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 - Ganti rugi - Sama ada dibenarkan oleh mahkamah
ISMAIL OMAR lwn. PENGARAH JABATAN KERJA RAYA DAERAH KUALA MUDA, SIK & SATU LAGI [2013] 1 SMC 230
MAHKAMAH SESYEN, SUNGAI PETANI
ROSLAN HAMID HS
[SAMAN NO: 51-01-2009]
27 MAC 2012
Plaintif merupakan bapa yang sah dan wakil diri kepada orang yang tidak berupaya (`Mohd Helmi'). Pada 12 September 2008, Mohd Helmi, yang menunggang sebuah motosikal di Jalan Guar Nenas, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada lebih kurang jam 9.15 malam. Kemalangan tersebut dikatakan telah berlaku apabila Mohd Helmi jatuh atas jalan kerana terlanggar jalan yang berlubang dan ini menyebabkan beliau mengalami kecederaan dan kerugian. Hasil siasatan menunjukkan bahawa lubang itu telah wujud di atas jalan tersebut selama seminggu sebelum kemalangan berlaku. Di tempat kemalangan, ia didapati bahawa tiada tanda amaran yang diletakkan untuk memberi amaran mengenai lubang tersebut. Semasa pembelaan, pihak defendan berhujah, antara lain, bahawa (i) mereka diberi perlindungan di bawah s. 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956; dan (ii) kemalangan itu diakibatkan oleh kecuaian plaintif sendiri. Persoalan yang dibangkitkan di dalam tindakan ini adalah sama ada kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian defendan pertama sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan jalan tersebut.
Diputuskan (membenarkan tuntutan plaintif dengan kos):
(1) Kesan pelanggaran lubang di atas jalan raya tersebut telah menyebabkan Mohd Helmi dan motosikalnya jatuh. Adalah jelas bahawa semasa kemalangan berlaku, jalan raya tersebut masih dalam proses kerja-kerja penyelenggaraan (penampalan jalan yang berlubang) yang dilakukan oleh defendan pertama secara berperingkat walaupun tiada kerja-kerja penyelenggaraan secara fizikalnya dilakukan di tempat kemalangan. Penyelenggaraan di sini merupakan kerja-kerja penampalan/penampungan jalan yang berlubang. Tambahan, defendan pertama sendiri tidak pasti sama ada sebarang tanda amaran diletakkan di atas jalan yang berlubang itu. Dengan itu, didapati bahawa kemalangan tersebut bukanlah disebabkan oleh kecuaian Mohd Helmi. (perenggan 8, 11, 12 & 18)
(2) Defendan pertama mempunyai pengetahuan mengenai keadaan di jalan tersebut yang mengalami kerosakan (berlubang). Tambahan, defendan pertama telah gagal untuk meletakkan tanda amaran pada tempat-tempat berlubang lain yang akan ditampung bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Dengan itu, defendan pertama adalah cuai sepenuhnya (100%) dalam mengakibatkan kemalangan tersebut. Defendan-defendan juga tidak dilindungi dan boleh disaman di bawah s. 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956. (perenggan 12, 13, 14, 15 & 18)
(3) Memandangkan kecederaan yang dialami oleh Mohd Helmi, iaitu, "bilateral optic atropy secondary to brain injury with permanent impaired visual function of both eyes (considered legally blind) with no medical and surgical treatment available", yang disebabkan oleh kecederaan otaknya, maka mahkamah ini mencantum kecederaan tersebut di bawah kecederaan teruk kepala. Jumlah sebanyak RM350,000 dibenarkan sebagai ganti rugi am secara keseluruhannya. (perenggan 22 & 23)
(4) Kos bagi belian "pampers" telah dibenarkan. Mengambilkira fakta bahawa Mohd Helmi memerlukan jagaan sepenuh masa dan kadangkala memerlukan lebih daripada seorang untuk menjaganya, mahkamah membenarkan jumlah sebanyak RM26,400 ("pre-trial") dan RM293,600 ("post-trial"). Nilai gandaan ("multiplier") adalah sebanyak RM800 sebulan. Faedah dan kos dibenarkan. (perenggan 25, 26, 29 & 30)
Kes-kes yang dirujuk:
Bujang Mat & Anor v. Lai Tzen Hai & Anor [2004] 4 CLJ 127 HC (dirujuk)
Kassim Ibrahim & Anor v. Syed Khodri Syed Abdul Aziz [2009] 2 PIR [25] (dirujuk)
Steven Phoa Cheng Loon & Ors v. Highland Properties Sdn Bhd & Ors [2000] 4 CLJ 508 HC (dirujuk)
Swee Hong Investment Pte Ltd v. Swee Hong Exim Pte Ltd & Anor [1994] 3 SLR 320 (dirujuk)
Perundangan yang dirujuk:
Government Proceedings Act 1956, s. 7(3)
Kaunsel:
Bagi pihak plaintif - Faisal Abdullah; T/n Faisal Abdullah & Co
Bagi pihak defendan-defendan - Mohamed Faizal Mohamed Fedder; TPR
Dilaporkan oleh Kumitha Abd Majid