MAHIADDIN MD YASIN lwn. PP
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
MUHAMMAD JAMIL HUSSIN H
[PERMOHONAN JENAYAH NO: WA-44-38-04-2023]
24 OGOS 2023
[2023] CLJ JT (19)

Abstrak Perkataan 'organisasi' dalam takrif 'sekutu' dalam perenggan (c) s. 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ('Akta SPRM') tidak termasuk satu pertubuhan. 'Organisasi', dalam Akta SPRM, merujuk pada organisasi sebagaimana yang dinyatakan bawah perenggan (c) s. 3. 'Pertubuhan' pula merujuk pada pertubuhan yang didaftarkan bawah s. 7 Akta Pertubuhan 1966. Penggunaan perkataan 'organisasi' dan 'pertubuhan' berdasarkan Akta SPRM adalah berasingan, berlainan dan merujuk pada dua entiti berbeza.

UNDANG-UNDANG JENAYAH: Kesalahan – Pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri dan Presiden parti politik, dituduh bawah empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk satu suapan iaitu wang bagi sekutunya – Permohonan mengetepikan dan membatalkan pertuduhan-pertuduhan – Dakwaan bahawa pertuduhan-pertuduhan cacat dan tidak sah di sisi undang-undang – Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, s. 23(1)

PROSEDUR JENAYAH: Pertuduhan – Pertuduhan cacat – Pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri dan Presiden parti politik, dituduh dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk satu suapan iaitu wang bagi sekutunya – Pertuduhan-pertuduhan bawah s. 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 – Permohonan mengetepikan dan membatalkan pertuduhan-pertuduhan – Dakwaan bahawa pertuduhan-pertuduhan tidak mendedahkan satu kesalahan bawah s. 23(1) dan kekurangan dari segi butiran – Sama ada pertuduhan-pertuduhan cacat dan tidak sah di sisi undang-undang – Sama ada kecacatan pada pertuduhan-pertuduhan boleh dipulihkan – Kanun Tatacara Jenayah. ss. 152, 153, 154, 156 & 422

PERKATAAN & ISTILAH: 'sekutu' – Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 – Seksyen 3 – Sama ada pertubuhan yang didaftarkan bawah s. 7 Akta Pertubuhan 1966 'sekutu' seperti yang ditakrifkan bawah s. 3

PERKATAAN & ISTILAH: 'organisasi' – Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 – Seksyen 3 – Sama ada 'organisasi' dan 'pertubuhan' berbeza – Sama ada 'organisasi' termasuk 'pertubuhan' – Sama ada 'organisasi' boleh diluaskan agar merangkumi satu 'pertubuhan'

PERKATAAN & ISTILAH: 'pertubuhan' – Akta Pertubuhan 1966 – Sama ada pertubuhan yang didaftarkan bawah s. 7 Akta Pertubuhan 1966 'sekutu' seperti yang ditakrifkan bawah s. 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 – Sama ada 'organisasi' dan 'pertubuhan' berbeza – Sama ada 'pertubuhan' terangkum dalam 'organisasi'

read more