SAM KE TING lwn. PP
MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA
HADHARIAH SYED ISMAIL HMR
HASHIM HAMZAH HMR
AZMAN ABDULLAH HMR
[RAYUAN JENAYAH NO: J-09-187-05-2022]
17 MEI 2023
[2023] CLJ JT (11)

Abstrak – Pertuduhan atas satu kesalahan perlu jelas agar kesemua pihak boleh memberi tumpuan pada kesalahan dalam pertuduhan; pendakwaan boleh membuktikan kesalahan yang dituduh dan tertuduh boleh menjawab kesalahan tersebut. Penduaan dalam pertuduhan adalah bertentangan dengan undang-undang dan menimbulkan kekeliruan, bukan sahaja pada pendakwaan dan tertuduh, malahan mahkamah juga tidak boleh memutuskan sama ada kes prima facie diputuskan atas kesalahan yang mana satu. Oleh itu, apabila wujud penduaan dalam pertuduhan, itu adalah cacat dan tidak boleh diperbetulkan bawah s. 422 Kanun Tatacara Jenayah.

PROSEDUR JENAYAH: Rayuan – Rayuan terhadap sabitan dan hukuman – Pertuduhan bawah s. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Alasan-alasan rayuan – Kecacatan dalam pertuduhan akibat penduaan – Sama ada dua kesalahan dalam satu pertuduhan – Sama ada menimbulkan kekeliruan – Sama ada pendakwaan keliru tentang kesalahan mana yang hendak dibuktikan – Sama ada tertuduh keliru tentang kesalahan mana yang perlu dijawab – Sama ada kekeliruan pada setiap peringkat prosiding – Sama ada memprejudiskan tertuduh – Sama ada kecacatan dalam pertuduhan boleh diperbetulkan – Sama ada kes prima facie dibuktikan – Kanun Tatacara Jenayah, ss. 163 & 422

PROSEDUR JENAYAH: Pertuduhan – Penduaan – Dua kesalahan dalam satu pertuduhan – Sama ada menimbulkan kekeliruan – Sama ada pendakwaan keliru tentang kesalahan mana yang hendak dibuktikan – Sama ada tertuduh keliru tentang kesalahan mana yang perlu dijawab – Sama ada kekeliruan pada setiap peringkat prosiding – Sama ada memprejudiskan tertuduh – Sama ada pertuduhan cacat dan tidak sah – Sama ada kecacatan dalam pertuduhan boleh diperbetulkan – Sama ada sabitan terbatal dan tidak sah – Kanun Tatacara Jenayah, ss. 163 & 422

read more