CLJ Bulletin 17/2006

CASE OF THE WEEK

Print this page

CONTRACT: Option to purchase - Employment share option scheme - Eligibility


TAN MENG YUNG  v. TELEKOM MALAYSIA BHD
HIGH COURT MALAYA, KUALA LUMPUR
KANG HWEE GEE J
[SUIT NO: S1-22-1685-2004]
24 APRIL 2006

 

JUDGMENT

Kang Hwee Gee J:

[1] This is an application by the plaintiff for summary judgment for specific performance under O. 81 Rules of the High Court 1980 ("RHC"). The application is supported by the plaintiff's affidavit which reads as follows:

1. Saya adalah Plaintif tersebut di atas dan saya adalah seorang pesara serta bekas kakitangan Defendan dan saya mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengikrarkan Afidavit ini.

2. Melainkan yang dinyatakan sebaliknya di sini, segala fakta yang dinyatakan di sini adalah benar dalam pengetahuan peribadi saya dan/atau berdasarkan dokumen-dokumen yang disimpan oleh saya yang mana saya mempunyai akses sepenuh kepadanya.

3. Saya dengan rendah diri memohon merujuk kepada kertas-kertas kausa berikut yang telah difailkan dalam Mahkamah Yang Mulia ini:

(a) Writ Saman Terpinda yang diisukan pada tarikh 10/11/2004 (selepas ini dirujukkan sebagai "Writ Saman Terpinda tersebut");

(b) Pernyata Tuntutan bertarikh 9/11/2004 (selepas ini dirujukkan sebagai "Pernyata Tuntutan Terpinda tersebut");

(c) Saman Dalam Kamar untuk perintah perlaksanaan spesifik alternatifnya gantirugi terhadap Defendan di bawah
Aturan 81 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi
1980 (selepas ini dirujukkan sebagai "Permohonan Perlaksanaan Spesifik")

4. Saya sesungguhnya berupaya mengikrarkan secara positif tentang fakta-fakta yang dapat mengesahkan bahawa terdapat suatu kausa tindakan yang mana saya percaya Defendan tidak ada apa-apa pembelaan bermerits.

5. Saya mengatakan bahawa Defendan telah memungkiri satu perjanjian/kontrak dalam bentuk Surat Tawaran bertarikh
1/8/2002 sebab Defendan telah menafikan saya hak untuk mempergunakan Opsyen bagi memperolehi 41,000 saham Telekom Malaysia Berhad dengan harga RM7.09 sesaham.

6. Pada setiap masa material saya ialah seorang pekerja/kakitangan tetap dalam perkhidmatan sepenuh masa kepada Defendan dari tahun 1966 sehingga saya bersara pada tarikh 28/6/2002.

7. Semasa dalam perkhidmatan sebagai pekerja/kakitangan tetap dalam perkhidmatan sepenuh masa tersebut, Defendan telah mewujudkan suatu Skim Opsyen Saham Kakitangan (selepas ini dirujukkan sebagai "skim ESOS") iaitu suatu tawaran dari Defendan kepada kakitangan-kakitangan Defendan untuk melanggan saham-saham Telekom Malaysia Berhad.

8. Ianya adalah syarat bahawa kakitangan-kakitangan Defendan yang berkelayakan untuk menyertai skim ESOS haruslah pada atau sebelum Tarikh Peruntukan ("Date of Allocation"):

(a) Telah mencapai umur 18 tahun;

(b) Telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan berterusan termasuk tempoh percubaan;

(c) Warganegara Malaysia;

(d) Berkhidmat sepenuh masa dan tersenarai di dalam daftar gaji Defendan;

(e) Masih berkhidmat dengan Defendan pada tarikh Opsyen ditawarkan.

9. Tarikh Peruntukan ("Date of Allocation") tersebut telah ditetapkan oleh Defendan pada 31/5/2002. Kini saya lampirkan sesalinan Penerangan skim ESOS sebagai Eksibit A.

10. Saya sesungguhnya mengatakan bahawa saya berkelayakan untuk menyertai skim ESOS tersebut sebab saya memenuhi syarat-syarat semasa tarikh 31/5/2002, iaitu Tarikh Peruntukan ("Date of Allocation") tersebut.

11. Kemudiannya, saya telah bersara pada tarikh 28/6/2002.

12. Namun, pada tarikh 19/7/2002 (iaitu lebih kurang 1/2 bulan selepas bersara) saya telah ditawarkan oleh Defendan untuk berkhidmat semula dengannya sebagai pekerja/kakitangan sepenuh masa secara kontrak 1 tahun.

13. Saya telahpun menerima tawaran tersebut dan telah berkhidmat semula dengan Defendan sebagai pekerja/kakitangan secara kontrak dari tarikh 1/8/2002 sehingga tarikh 31/7/2003. Kini saya lampirkan sesalinan Surat Tawaran Pelantikan Kontrak bertarikh 19/7/2002 sebagai Eksibit B.

14. Oleh kerana saya memenuhi syarat semasa Tarikh Peruntukan ("Date of Allocation") tersebut dan saya masih berkhidmat dengan Defendan pada tarikh 1/8/2002, Defendan telah menawarkan kepada saya melalui satu Surat Tawaran bertarikh 1/8/2002 untuk saya menyertai skim ESOS tersebut di mana saya telah diberikan Opsyen untuk melanggan 41,000 saham-saham Telekom Malaysia Berhad dengan harga langganan sebanyak RM7.09 sesaham (selepas ini dirujukkan sebagai "Surat Tawaran tersebut") dari Defendan. Kini saya lampirkan sesalinan Surat Tawaran bertarikh 1/8/2002 tersebut sebagai Eksibit C.

15. Ianya adalah inter alia terma-terma Surat Tawaran tersebut bahawa:

(a) Saya perlu membayar Defendan satu Harga Balasan sebanyak RM1.00 untuk menerima tawaran bagi menyertai skim ESOS tersebut;

(b) Harga balasan RM1.00 haruslah disertai Borang A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh saya;

(c) Tarikh Tamat Tawaran adalah 14/9/2002;

(d) Tarikh Tamat Skim adalah 31/7/2007;

(e) Saya boleh mempergunakan hak Opsyen bagi memperolehi saham-saham tersebut pada bila-bila waktu di masa hadapan dengan syarat ianya harus dilakukan sebelum atau pada Tarikh Tamat Skim.

16. Sehubungan itu, saya telah pada tarikh 15/8/2002 menerima secara mutlak dan/atau sepenuhnya tawaran Defendan bagi menyertai skim ESOS tersebut dan saya telah membayar Defendan Harga Balasan RM1.00 tersebut yang telahpun diakui terima Defendan dalam Borang A pada tarikh 15/8/2002. Kini saya lampirkan sesalinan Borang Penerimaan (Borang A) bertarikh 15/8/2002 sebagai Eksibit D.

17. Oleh demikian, terdapat satu perjanjian/kontrak dalam bentuk terma-terma Surat Tawaran bertarikh 1/8/2002 tersebut yang mengikat saya dengan Defendan.

18. Oleh sebab untuk tujuan berehat sebagai pesara, saya tidak lagi berkhidmat dengan Defendan selepas tamat perkhidmatan kontrak tahunan pada tarikh 31/7/2003.

19. Namun, apabila saya ingin mempergunakan hak Opsyen bagi memperolehi 41,000 saham Telekom Malaysia Berhad tersebut melalui satu surat bertarikh 11/10/2004 dari firma peguamcara bernama Tetuan F.L. Lee & Co., Defendan telah memungkiri perjanjian/kontrak Surat Tawaran tersebut sebab Defendan telah gagal dan/atau enggan untuk menyerahkan saya "Borang B"/"Notis Menggunakan Opysen" serta telah gagal dan/atau enggan untuk membenarkan saya mempergunakan hak Opsyen tersebut bagi memperolehi 41,000 saham Telekom Malaysia Berhad. Malahan, Defendan telah gagal atau sengaja tidak membalas surat peguamcara saya tersebut. Kini saya lampirkan sesalinan surat peguamcara Tetuan F.L. Lee & Co. bertarikh 11/10/2004 berserta bukti kiriman pos berdaftar sebagai Eksibit E.

20. Sesungguhnya, kemungkiran perjanjian/kontrak Defendan tersebut telah menyebabkan saya dinafikan hak untuk mempergunakan Opsyen bagi memperolehi 41,000 saham Telekom Malaysia Berhad tersebut dengan harga RM7.09 sesaham walaupun saya sememangnya pada setiap masa material bersedia, berkeupayaan dan berkebolehan untuk membeli dari Defendan kesemua 41,000 saham Telekom Malaysia Berhad tersebut dengan harga RM7.09 sesaham.

21. Saya juga mengatakan bahawa kemungkiran perjanjian/kontrak hasil tindakan Defendan tersebut telah menyebabkan saya mengalami kerugian keuntungan sebanyak RM189,010.00 iaitu hasil dari perbezaan harga langganan sebanyak RM7.09 sesaham dengan harga pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur (selepas ini dirujukkan sebagai "BSKL") sebanyak RM11.70 setakat tarikh 8/11/2004. Kini saya lampirkan sesalinan laporan akhbar tentang harga saham-saham di BSKL bertarikh 8/11/2004 sebagai Eksibit F.

22. Kini, saya membutirkan kerugian saya setakat tarikh
8/11/2004:

(a) Harga Langganan Opsyen 1 saham: RM7.09

(b) Harga Langganan Opsyen 41,000 saham: RM290,690

(c) Harga Pasaran di BSKL 1 saham: RM11.70

(d) Harga Pasaran di BSKL 41,000 saham: RM479,700

(e) Perbezaan Harga Opsyen dengan BSKL: RM189,010

23. Oleh demikian, saya memohon untuk perintah perlaksanaan spesifik perjanjian/kontrak Surat Tawaran bertarikh 1/8/2002 supaya Defendan melanggan kepada saya sejumlah 41,000 saham-saham Telekom Malaysia Berhad dengan harga langganan RM7.09 sesaham serta-merta; alternatifnya Defendan membayar saya jumlah wang gantirugi sebanyak RM189,010 sebagai perbezaan harga langganan RM7.09 sesaham dengan harga pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur RM11.70 setakat tarikh 8/11/2004.

[2] Essentially the plaintiff's case is this:

The plaintiff was a former employee of the defendant, Telekom Malaysia Berhad. He started working for the defendant on
12 May 1966 as a clerk rising to the position of manager in direct marketing for "Bahagian Major Business Sales". He retired on 27 June 2002 from the permanent employment of the defendant. He was reemployed by the defendant as a contract staff a month later from 1 August 2002 until 31 July 2003.

Just before his retirement from the permanent employment of the defendant on 27 June 2002, the defendant had decided to allot to all eligible employees who was in the employment of the defendant as at 31 May 2002 ("date of allocation") shares under the defendant's Employee Share Option Scheme ("ESOS").

[3] A letter of offer was issued to the plaintiff on 1 August 2002 as follows:

Reference No. :E000037

Date of Offer :01/08/2002

Tan Meng Yung @ Tan Ming Yaw (Nric No. 1482743)

210B10 – MBG, MBS IP

Major Business Sales IP,

Tkt 3, Bgn Bkt Mahkamah,

50200 Jln Raja Chulan,

W. Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

Re: Offer Of Participation In Telekom Malaysia Berhad Employee Share Option Scheme 3

1. We are pleased to offer you participation in the Telekom Malaysia Berhad Employee Share Option Scheme ("the Scheme").

2. Your acceptance will entitle you to participate in the Scheme, whereby you will be granted an Option to subscribe for Shares of Telekom Malaysia Berhad so long as the Scheme remains in existence and so long as you remain eligible to participate in accordance with the Bye-Laws of the Scheme.

i) Options granted to subscribe for : 41,000 Shares

ii) Subscription Price : RM7.09 per share

iii) Date of Offer : 01/08/2002

iv) Date of Expiry of Offer : 14/09/2002

v) Date of Expiry of the Scheme : 31/07/2007

vi) In the event you accept the Offer in accordance with the terms set out herein, you may exercise the Options by completing and submitting the Notice of Exercise (Form B) in accordance with the instructions contained therein, accompanied by remittance for the full amount of the subscription monies for the number of Options exercised subject always to the provisions of the Bye-Laws of the Scheme.

vii) Kindly note that the Subscription Price in respect of the shares offered to you is at a discounted rate of 10% of the weighted average market price of the shares of the Company as shown in the Daily Official List issued by the Kuala Lumpur Stock Exchange for the five (5) market days immediately preceding the date of this Offer. As such, you are liable to declare this discount as a taxable benefit in your Income Tax Return. The details regarding the tax calculation will be circulated to you in due course.

viii) The Option is personal to you and is not assignable. It is exercisable only by you during your lifetime and whilst you remain in the employment of the Company on or before the date of Expiry of the Scheme subject to the Bye-Laws of the Scheme including (clauses 9.7 and 10 of the Bye-Laws of the Scheme).

ix) Subject to the Bye-Laws of the Scheme, you may exercise all the Option granted or in respect of such lesser number of shares as you may decide to exercise, provided that the number of shares subscribed shall be in multiple of 1,000 shares. Such partial exercise of the Option will not preclude you from exercising the Option with respect to the balance thereof at any time in the future provided that the same is implemented on or before the Date of Expiry of the Scheme.

3. If you wish to participate in the Scheme, please complete, sign and date the enclosed Form of Acceptance (Form A) and return it together with a sum of RM1.00 as consideration for this Offer to the General Manager, Human Resource TelCo so as to arrive not later than forty-five (45) days from the Date of Offer. The sum is non-refundable and shall not in any circumstances be or be deemed to be part payment of the Subscription Price for the Shares. For ease of reference, please insert the reference number of your Offer Letter in the space provided in Form A.

4. If you do not accept this Offer within the stipulated period, this Offer shall be deemed to have been rejected by you.

5. If you participate in the Scheme, you will be bound by the terms of this Offer Letter and the Bye-Laws of the Scheme. Any Shares acquired by you pursuant to the Scheme will be subject to the Memorandum and Articles of Association of the Company. A copy of the Bye-Laws is available for your inspection at the Registered Office of the Company during normal business hours of the Company and will remain so available throughout the duration of the Scheme.

6. If you accept the Offer, you are required (if you have not already done so) to open a CDS Account with an Authorised Depository Agent prior to exercising the Option.

7. This Offer Letter should be read together with the Bye-Laws of the Scheme and all terms, references and expressions made in the Offer Letter shall have the same definitions and meanings as in the Bye-Laws. In the event of any inconsistencies, the provisions of the Bye-Laws shall prevail.

Salam hormat.

Sgd.

Dato' Dr. Md Khir Bin Abdul Rahman

Ketua Eksekutif.

[4] Plaintiff accepted the option to purchase as per the letter of offer on 15 August 2002 by paying the requisite consideration of RM1 and submitting the form of Acceptance ("Form A"). Some
11 months later he received a letter from the defendant informing him that the offer of the ESOS three is only offered to the Telekom's employees who were still in the service of the defendant as at 1 August 2002 and that the plaintiff was therefore not entitled to be offered the shares as he had at the time of the offer been compulsorily retired from the service of the defendant and that the letter of offer was issued under a mistake of fact.

[5] Having said that the defendant did not proceed to allot to the plaintiff the shares that he was entitled to.

[6] Hence this application for specific performance.

[7] This application was opposed by the defendant in the affidavit by its human resource manager, Encik Ahmad Shamsuddin Hj. Ramli, the relevant paragraphs of which are as follows:

1. Saya adalah Pengurus Bahagian Sumber Manusia bagi Defendan yang dinamakan di atas dan telah diberi kuasa sepenuhnya untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihak Defendan. Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini berada di dalam pengetahuan peribadi saya dan diperolehi dari maklumat yang terkandung dalam surat-menyurat, dokumen-dokumen dan rekod-rekod Defendan kecuali di mana dinyatakan sebaliknya.

2. Perkara-perkara yang dinyatakan setakat mana ianya dalam pengetahuan peribadi saya, ia adalah benar. Perkara-perkara yang dinyatakan di sini setakat mana ianya bukan dalam pengetahuan peribadi saya, adalah sesungguhnya benar berdasarkan maklumat dan kepercayaan saya.

3. Saya memohon izin Mahkamah untuk merujuk kepada kertas-kertas kausa yang disenaraikan di bawah seperti berikut:

3.1 Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 10/12/2004;

3.2 Pembelaan Defendan yang difailkan di sini;

3.3 Saman Dalam Kamar Plaintif yang tidak bertarikh, di antara yang lain, untuk satu perintah menurut Aturan 81 Kaedah 1(1) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, 1980 untuk pelaksanaan spesifik terhadap Defendan ("permohonan Plaintif tersebut"); dan

3.4 Afidavit Sokongan Tan Meng Yung @ Tan Ming Yaw yang diikrarkan pada 13/12/2004 ("Afidavit Sokongan Plaintif tersebut").

4. Jawapan Defendan dalam afidavit ini dibuat tanpa menjejaskan dan Defendan di sini juga menrizabkan, kesemua hak-haknya untuk membangkitkan bantahan awal terhadap permohonan Plaintif dan Afidavit Sokongan Plaintif tersebut yang difailkan di sini.

5. Saya menafikan perenggan 4 Afidavit Sokongan Plaintif tersebut. Saya telah dinasihati oleh peguamcara Defendan bahawa kes Plaintif di sini bukannya satu kes yang sesuai untuk penghakiman terus di bawah Aturan 81. Kes ini terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan secara penuhnya sepertimana yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan yang berikut di dalam afidavit saya.

6. Saya menafikan perenggan 5 Afidavit Sokongan Plaintif dan menegaskan bahawa pada setiap masa yang material, tiada sebarang perjanjian atau kontrak wujud di antara Plaintif dan Defendan. Surat Tawaran bertarikh 01/08/2002 adalah satu surat standard yang diisukan kepada kakitangan-kakitangan Defendan bagi Skim Opsyen Saham Kakitangan (selepas ini dirujuk sebagai "ESOS"), di mana kelayakan penyertaan ESOS adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Undang-undang kecil Skim tersebut. Kini ditunjukkan kepada saya dan dilampirkan dengan ini sebagai "Ekshibit – 1" adalah sesalinan Undang-undang kecil ESOS.

7. Berkenaan dengan perenggan 6 Afidavit Sokongan Plaintif tersebut, saya dengan sesungguhnya percaya bahawa notis persaraan wajib telah diberi kepada Plaintif pada 09/04/2002 dan Plaintif diberitahu perkhidmatannya dengan pihak Defendan akan berakhir pada 27/06/2002. Kini ditunjukkan kepada saya dan dilampirkan dengan ini sebagai "Ekshibit – 2" adalah sesalinan notis bertarikh 09/04/2002 tersebut.

8. Setelah bersara dari perkhidmatan Defendan, Plaintif ada diberi faedah persaraan dalam jumlah RM71,395.62 di mana adalah diperuntukkan di bawah Skim Faedah Persaraan Defendan. Kini ditunjukkan kepada saya dan dilampirkan dengan ini sebagai "Ekshibit – 3" adalah sesalinan surat bertarikh 22/07/2002 dan cek yang dilampirkan bersama.

9. Perenggan 7 Afidavit Sokongan Plaintif tersebut adalah tidak benar. Semasa surat tawaran ESOS diisukan kepada kakitangan-kakitangan Defendan, Plaintif telah tamat perkhidmatannya sebagai pekerja tetap dan sepenuh masa. Plaintif tidak disenaraikan dalam daftar gaji Defendan sebagai seorang pekerja tetap setelah bersara.

10. Saya memohon merujuk kepada Ekshibit B dalam Afidavit Sokongan Plaintif tersebut dan menegaskan bahawa dalam tempoh antara 01/08/2002 hingga 31/07/2003, Plaintif telah berkhidmat secara kontrak dengan Defendan.

11. Berkenaan dengan perenggan-perenggan 8 hingga 13 Afidavit Sokongan Plaintif tersebut, saya menegaskan bahawa kelayakan untuk menyertai ESOS adalah satu tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Undang-undang kecil Skim tersebut. Saya memohon merujuk kepada Ekshibit A and Ekshibit C dalam Afidavit Sokongan Plaintif tersebut.

12. Tarikh Peruntukan yang ditetapkan pada 31/05/2002 adalah hanya tarikh di mana peruntukan jumlah saham-saham yang akan ditawarkan berkenaan dengan ESOS kepada kakitangan-kakitangan Defendan. Apabila tawaran dibuat pada 01/08/2002, ia adalah satu syarat terdahulu ("condition precedent") ternyata bahawa Plaintif mesti "masih layak untuk menyertai Skim menurut Undang-undang Kecil Skim tersebut". Saya merujuk kepada perenggan 2 dalam surat tawaran bertarikh 01/08/2002, iaitu Ekshibit C dalam Afidavit Sokongan Plaintif tersebut.

13. Lanjutan dari atas, saya dengan sesungguhnya percaya bahawa Plaintif tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan ESOS dan peruntukan-peruntukan Undang-undang kecil Skim tersebut. Oleh yang demikian Plaintif gagal memenuhi syarat terdahulu dan adalah tidak layak untuk menyertai ESOS.

14. Plaintif telah diberitahu berkenaan ketidak-layakannya dan bahawa surat tawaran untuk ESOS telah diisukan secara silap kepada Plaintif. Kini ditunjukkan kepada saya dan dilampirkan dengan ini sebagai "Ekshibit – 4" adalah sesalinan surat bertarikh 12/07/2003.

15. Saya menafikan perenggan-perenggan 14 hingga 17 dan menegaskan bahawa Plaintif telah diberitahu bahawa Plaintif adalah tidak layak untuk menyertai ESOS. Akan tetapi Plaintif seterusnya mendesak mempergunakan hak opsyen yang dikatakan tersebut walaupun pada setiap masa yang material, Plaintif mengetahui bahawa Plaintif tidak berkelayakan dan surat tawaran tersebut yang diisukan secara silap adalah tidak berkesan. Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa ini adalah satu isu yang perlu dibicarakan oleh Mahkamah yang Mulia ini pada masa perbicaraan penuh.

16. Defendan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perenggan 18 Afidavit Sokongan Plaintif tersebut. Plaintif dikehendaki membuktikan segala pengataan-pengataannya.

17. Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa tindakan Plaintif sepertimana yang dinyatakan dalam perenggan 19 Afidavit Sokongan Plaintif tersebut adalah tidak bona fide, terutamanya Plaintif telah mempunyai pengetahuan penuh bahawa beliau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk menyertai ESOS tersebut. Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa ini adalah satu isu yang perlu dibicarakan oleh Mahkamah yang Mulia ini pada masa perbicaraan penuh.

18. Seterusnya dari di atas, saya dinasihati oleh peguamcara Defendan dan dengan sesungguhnya percaya bahawa pada setiap masa yang material Plaintif tidak mencabar surat Defendan bertarikh 12/07/2003 dan dalam hal sedemikian, Plaintif telah mengetepikan (waived) haknya untuk membawa tuntutannya terhadap Defendan di sini. Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa ini adalah satu isu yang perlu dibicarakan oleh Mahkamah yang Mulia ini pada masa perbicaraan penuh.

19. Selanjutnya dan di dalam alternatif, saya dinasihati oleh peguamcara Defendan dan dengan sesungguhnya percaya bahawa Plaintif telah bertindak lewat di sisi undang-undang untuk memperolehi relif perintah pelaksanaan spesifik. Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa ini adalah satu isu yang perlu dibicarakan oleh Mahkamah yang Mulia ini pada masa perbicaraan penuh nanti.

20. Saya menafikan perenggan-perenggan 20 hingga 22 Afidavit Sokongan Plaintif tersebut. Plaintif dikehendaki membuktikan segala pengataan-pengataannya dan mengemukakan bukti keupayaan dan kebolehannya untuk membeli dan kerugian yang dialami sepertimana yang dikatakan. Oleh yang demikian, saya dengan sesungguhnya percaya bahawa ini adalah satu isu yang perlu dibicarakan oleh Mahkamah yang Mulia ini pada masa perbicaraan penuh nanti.

21. Perenggan 23 Afidavit Sokongan Plaintif adalah dinafikan. Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa isu-isu di atas adalah serius dan perlu dipertimbangkan dan dibicarakan dalam masa perbicaraan penuh.

22. Saya dinasihati oleh peguamcara Defendan dan dengan sesungguhnya percaya bahawa pelaksanaan spesifik adalah satu remedi ekuiti. Oleh yang demikian Plaintif mesti bertindak secara cepat dan bona fide dalam membawa tuntutannya terhadap Defendan. Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa isu ini adalah satu isu yang perlu dibicarakan oleh Mahkamah yang Mulia ini pada masa perbicaraan penuh nanti.

23. Berdasarkan di atas, Defendan menafikan bahawa Plaintif adalah berhak atas relif yang dituntut atau sebarang relif. Defendan seterusnya tidak mengakui tuntutan Plaintif untuk kerugian dan kerosakan dan meletakkan Plaintif pada dasar bukti yang kukuh.

24. Saya menegaskan bahawa terdapat persoalan-persoalan yang perlu dibicarakan dalam perkara ini dan bahawa ia bukan satu kes yang betul dan sesuai untuk penghakiman terus.

25. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini bahawa permohonan Plaintif tersebut ditolak dengan kos.

[8] In this proceeding before me, counsel for the defendant Ms. Lu Kee Chee submitted that:

1. The plaintiff is not eligible to participate in the ESOS as the plaintiff has to remain eligible as at the date of the offer ie,
1 August 2002. He was no longer a permanent employee of the defendant having retired from the service of the defendant. This was clear from the ESOS Bye-Laws governing the issuance of these shares under cl. 4.1(i) to (iii) which reads as follows:

4. ELIGIBILITY

4.1 Any employee (including the Executive Directors), but excluding a Skim A employee, of the Group shall be eligible to participate in the ESOS if, as at the Date of Allocation, the employee (who must be a Malaysian citizen or a Malaysian permanent resident):

(i) has attained the age of eighteen (18) years;

(ii) is employed full-time by and on the payroll of a corporation within the Group; and

(iii) has been in the employment of the Group for a period of at least one (1) year of continuous service prior to and up to the Date of Allocation, including service during the probation period, and is confirmed in service.

2. The plaintiff has also failed to qualify under cl. 10 of the same Bye-Laws in that at the time when the offer was made he had already ceased being an employee of the defendant. Clause 10.1 of the Bye-Laws reads as follows:

10. TERMINATION OF THE OPTION

10.1 In the event of the cessation of employment of a Grantee with the Group for whatever reason prior to the full exercise of an Option, such Option or the balance thereof, as the case may be, shall forthwith cease to be valid without any claim against the Company Provided Always That subject to the written approval of the Options Committee in its discretion, if such cessation occurs by reason of:

(i) retirement on attaining the retirement age under the Group's retirement policy;

(ii) retirement before attaining the normal retirement age;

(iii) ill health, injury, physical or mental disability;

(iv) redundancy or retrenchment, or pursuant to the acceptance by that Grantee of a voluntary separation scheme offered by the Company; or

(v) any other circumstances which are acceptable to the Options Committee;

such Option shall remain exercisable during the Option Period.

The plaintiff in this case, Ms. Lu Kee Chee submitted, has already ceased employment with the defendant upon the compulsorily retirement on 27 June 2002.

[9] Having heard the submission of the parties, my finding and decision are as follows:

1. The "tawaran" (exh. A encl. 6) issued by the defendant to its employees introducing the ESOS and stating therein their eligibility to subscribe to the shares under the scheme states as follows:

KELAYAKAN

Memenuhi Syarat-syarat berikut sebelum atau pada Tarikh Peruntukan (Date of Allocation):

– Anggota mestilah telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh peruntukan;

– Telah mencapai 18 tahun;

– Telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan berterusan termasuk tempoh percubaan;

– Berkhidmat di bawah Skim B (bagi bekas anggota JTM);

– Warganegara Malaysia atau penduduk tetap;

– Berkhidmat sepenuh masa dan tersenarai di dalam daftar gaji Syarikat;

– Masih berkhidmat pada tarikh Opsyen ditawarkan.

Tarikh Peruntukan yang dimaksudkan adalah pada 31 Mei 2002.

2. It is clear to me that all that is required with respect to the plaintiff's qualification to be allotted the shares to be offered under the ESOS is that he must be in the service of the defendant as at 31 May 2002 (see the last sentence of the "Kelayakan" quoted above).

3. Ms. Lu Kee Chee had argued that there is a distinction between the date "tarikh peruntukan" and "masih berkhidmat pada tarikh Opsyen ditawarkan". Whereas at the time of "tarikh peruntukan" on 31 May 2002, the plaintiff was still in the permanent employment of the Defendant. On 1 August 2002, when he was offered the ESOS, he was no longer in the employment of the defendant and was therefore no longer eligible to exercise the option.

[10] Having considered the submission of Ms. Lu Kee Chee and the reply of counsel for the plaintiff Mr. Daniel Siew, it is clear to me that neither the bye-laws nor the "tawaran" requires that the Plaintiff must be in full permanent employment of the defendant in order to be eligible to participate in the ESOS. All that the bye-laws and the "tawaran" requires is that the plaintiff "cl. 4.1(ii) is employed full-time by and on the payroll of a corporation within the group" and that the "cl. 4.1 (iii) has been in the employment of the group for a period of at least one year of continuous service prior and up to the date of allocation, including service during the probation period, and is confirmed in service".

[11] That the plaintiff was at the relevant time in full-time employment and on the payroll of the defendant is not to be disputed. It is true that he may have been employed not on a permanent basis as he previously was but I am certain that he was in full-time employment and on the payroll of the defendant. He had in my view therefore satisfied the eligibility to take up those shares in ESOS.

[12] Similarly cl. 10 of the bye-laws did not say that the cessation of an employment of the employee must be a cessation of permanent employment. It merely says cessation of employment which in my view can be interpreted to be a cessation of non-permanent employment of the defendant.

[13] The plaintiff was therefore fully eligible to be offered and to exercise his option to take up the ESOS offered to him as per the letter of offer dated 1 August 2002.

[14] It is therefore clear to me that there can be no triable issue in this suit. The plaintiff should therefore be granted for the prayers prayed for as follows:

(a) Perlaksanaan spesifik terhadap Defendan untuk melanggan kepada Plaintif sejumlah 41,000 saham-saham Telekom Malaysia Berhad dengan harga langanan RM7.09 sesaham dengan serta-merta menurut perjanjian/kontrak Surat Tawaran bertarikh 1/8/2002; dan

(b) Alternatifnya, Defendan membayar Plaintif jumlah wang gantirugi sebanyak RM189,010 berserta faedah pada kadar 8% setahun atas jumlah gantirugi RM189,010.00 dikira dari tarikh 9/11/2004 sehingga ke tarikh penyelesaian sepenuhnya;

(c) Kos bagi tindakan ini;

(d) Lain-lain relif atau perintah yang dianggap suaimanfaat diberi oleh Mahkamah Mulia ini.

[15] In the alternative, the plaintiff should be allowed to claim from the defendant in view thereof damages to be assessed before the registrar.

[16] Plaintiff should also be entitled to the costs of this suit.

* * * * * *

Legislation referred to:
Rules of the High Court 1980, O. 81

For the plaintiff - Daniel Siew; M/s Siew
For the defendant - Lu Kee Chee; M/s Shahrizat Rashid & Lee

Reported by Usha Thiagarajah


Copyright ©1997 - 2006 CLJ Legal Network Sdn Bhd (192353 V)
Email: enquiries@cljlaw.com Phone: 603-4270-5400 Fax No : 603-4270 5401 & 603-4270 5402