Forgot/Reset Password

CASE(S) OF THE WEEK

CONSTITUTIONAL LAW: Legislation - Validity of impugned legislation - Presumption in favour of constitutionality - Whether presumption applied - Whether Attorney General had adopted selective prosecution in deciding to prosecute appellant - Whether s. 4(1)(c) of Sedition Act 1948 restricted person's right to freedom of speech and expression - Whether s. 4(1)(c) inconsistent with art. 10 of Federal Constitution - Whether reasonableness test offended - Whether s. 4(1)(c) violated equality provision in art. 8(1) of Federal Constitution - Whether offended proportionality test


MAT SHUHAIMI SHAFIEI v. PP
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
ABDUL MALIK ISHAK JCA, AZAHAR MOHAMED JCA, MOHD ZAWAWI SALLEH JCA
[CRIMINAL APPEAL NO: B-09-212-09-2011]
26 DECEMBER 2013

The appellant was charged with publishing statements of a seditious tendency, an offence under s. 4(1)(c) of the Sedition Act 1948 (the Act). The statements as alluded to in the charge contained the views of the appellant in relation to the laws of the Constitution of Selangor 1959 and were published on the Internet. The appellant pleaded not guilty and claimed trial to the charge. Before the commencement of the trial, the appellant filed an application wherein he sought, inter alia, an order that the criminal prosecution against him be struck out, set aside, quashed or stayed. In his affidavit in support of this application, the appellant questioned the validity of s. 4(1)(c) of the Act on the grounds that it restricted a person's right to freedom of speech and expression. The crux of the appellant's legal challenge was that s. 4(1)(c) of the Act was unconstitutional for two main reasons, namely that it was inconsistent with art. 10 of the Federal Constitution (`the Constitution') and offended the reasonableness test and that it also violated the equality provision in art. 8(1) of the Constitution and therefore offended the proportionality test. It was thus the appellant's contention that s. 4(1)(c) of the Act was void and invalid. The appellant also alleged that the Attorney General had adopted selective prosecution in deciding to prosecute him with sedition under the Act.

Held (dismissing appeal)

Per Abdul Malik Ishak JCA delivering the judgment of the court:

(1) Since the appellant was challenging the constitutionality of s. 4(1)(c) of the Act and there is a presumption in favour of constitutionality, the burden would fall on the appellant to show that there had been a clear transgression of constitutional principles. (para 11)

(2) It was not open to this court to interfere or question the Attorney-General's decision to prosecute the appellant under s. 4(1)(c) of the Act because he was vested with the power to institute, conduct or discontinue any proceedings by virtue of art. 145(3) of the Constitution. Thus, the appellant's submission that the Attorney-General had adopted selective prosecution in deciding to prosecute him with sedition had no merit. (para 62)

(3) The determination of what language is considered seditious is a mixed question of law and fact, which was up to the court to decide. To be seditious, the words published should have a tendency to achieve one or more of the objects specified in s. 3(1)(a) to (f) of the Act. Nevertheless, in a prosecution under s. 4(1)(c) of the Act there was no requirement on the part of the Public Prosecutor to specify in the charge on which of the six tendencies set out in s. 3(1) of the Act he relied upon and it was open to him during the course of the trial to pick and choose. (paras 31, 112 & 113)

(4) Hitherto the judicial approach in dealing with the offence of sedition in Malaysia had favoured the restrictive approach as compared to the liberal approach adopted by the English common law. Article 4(2)(b) of the Constitution states that the validity of any law should not be questioned on the ground that it imposes such restrictions as are mentioned in art. 10(2) but those restrictions were not deemed necessary or expedient by Parliament for the purposes mentioned in that article. Thus it clearly ruled out the prerogative of even the courts to question the validity of those laws that fell within the scope of art. 10(2)(a) of the Constitution. In the circumstances, the Act was constitutional and it did not violate arts. 10(1)(a) and 10(2)(a) of the Constitution. It did not offend the reasonableness test and its validity and constitutionality could not be questioned. Further, as a pre-Merdeka law, the validity of the Act came under the saving provisions of art. 162 of the Constitution. (paras 90, 91, 98-100, 115 & 116)

(5) The proportionality test should be viewed in the context of the purpose of the Act, namely the prevention of public disorder and the maintenance of public order. In particular, the impugned provision in the Act did not overreach art. 10(2)(a) of the Constitution. In fact, it was substantively fair and proportionate and thus did not violate the equality provision in art. 8(1) of the Constitution. (paras 102 & 103)

Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes

Perayu telah dituduh menerbitkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan, satu kesalahan di bawah s. 4(1) Akta Hasutan 1948 (`Akta'). Kenyataan-kenyataan yang dipertikaikan dalam pertuduhan mengandungi pandangan-pandangan perayu mengenai undang-undang dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959 dan telah diterbitkan dalam Internet. Perayu mengaku tidak bersalah dan memohon agar pertuduhan tersebut dibicarakan. Sebelum bermulanya perbicaraan, perayu memfailkan permohonan dalam mana dia memohon, antara lain, bagi satu perintah agar pendakwaan jenayah terhadapnya dibatalkan, diketepikan atau ditangguhkan. Dalam afidavit sokongannya terhadap permohonan ini, perayu mempersoalkan kesahan s. 4(1)(c) Akta atas alasan bahawa ia menyekat hak seseorang kepada kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Intipati cabaran undang-undang perayu adalah bahawa s. 4(1) Akta adalah tidak berperlembagaan atas dua sebab utama, khasnya bahawa ia bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan (`Perlembagaan') dan melanggar ujian kemunasabahan dan bahawa ia mencabuli peruntukan kesamarataan dalam perkara 8(1) Perlembagaan dan dengan itu, melanggar ujian berpadan. Oleh itu, adalah hujahan perayu bahawa s. 4(1)(c) Akta adalah batal dan tidak sah. Perayu juga mendakwa bahawa Peguam Negara telah menjalankan pendakwaan terpilih dalam memutuskan untuk mendakwanya dengan hasutan di bawah Akta.

Diputuskan (menolak rayuan)

Oleh Abdul Malik Ishak HMR menyampaikan penghakiman mahkamah:

(1) Memandangkan perayu mencabar keperlembagaan s. 4(1) Akta dan terdapat anggapan berpihak kepada keperlembagaan, beban jatuh ke atas perayu untuk membuktikan bahawa terdapat pelanggaran prinsip-prinsip perlembagaan.

(2) Tidak terbuka kepada mahkamah ini untuk campur tangan atau mempersoalkan keputusan Peguam Negara untuk mendakwa perayu di bawah s. 4(1) Akta kerana beliau mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan mana-mana prosiding, berikutan perkara 145(3) Perlembagaan. Oleh itu, hujahan perayu bahawa Peguam Negara telah menjalankan pendakwaan terpilih dalam memutuskan untuk mendakwanya dengan hasutan adalah tidak bermerit.

(3) Pemutusan mengenai apakah bahasa yang dianggap menghasut adalah gabungan persoalan undang-undang dan fakta, yang terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan. Untuk terjumlah kepada hasutan, perkataan-perkataan yang diterbitkan mestilah mempunyai kecenderungan mencapai satu atau lebih objek-objek yang dinyatakan dalam s. 3(1)(a) hingga (f) Akta. Namun begitu, dalam pendakwaan di bawah s. 4(1) Akta di mana tiada keperluan di pihak Pendakwa Raya untuk menyatakan dalam pertuduhan mengenai enam kecenderungan yang dinyatakan dalam s. 3(1) Akta yang disandarkannya dan adalah terbuka kepadanya dalam perjalanan perbicaraan untuk memilih.

(4) Hingga kini, pendekatan perundangan dalam menangani kesalahan hasutan di Malaysia berat kepada pendekatan terhad berbanding dengan pendekatan liberal yang diguna pakai oleh common law Inggeris. Perkara 4(2) Perlembagaan menyatakan bahawa kesahan mana-mana undang-undang tidak seharusnya dipersoalkan atas alasan bahawa ia mengenakan sekatan-sekatan seperti yang disebut dalam perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan tersebut tidak difikirkan perlu atau wajar oleh Parlimen bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam peruntukan tersebut. Oleh itu, ia menolak prerogatif mahkamah juga bahawa persoalan kesahan undang-undang tersebut yang terjumlah di bawah ruang lingkup perkara 10(2)(a) Perlembagaan. Dalam hal keadaan ini, Akta adalah berperlembagaan dan tidak mencabuli perkara-perkara 10(1)(a) dan 10(2)(a) Perlembagaan. Ia tidak melanggar ujian kemunasabahan dan kesahan dan keperlembagaannya juga tidak boleh dipersoalkan. Selanjutnya, sebagai undang-undang pra-merdeka, kesahan Akta terletak di bawah peruntukan kecualian perkara 162 Perlembagaan.

(5) Ujian berpadan seharusnya dilihat dalam konteks tujuan Akta, khasnya menghalang kekacauan awam dan mengekalkan ketenteraman awam. Khususnya, peruntukan yang tidak dipertikaikan dalam Akta tidak melangkaui perkara 10(2)(a) Perlembagaan. Malahan, ia adalah sangat adil dan bersesuaian dan dengan itu, tidak mencabuli peruntukan kesamarataan dalam perkara 8(1) Perlembagaan.

Case(s) referred to:

Aminah v. Superintendent of Prison, Pengkalan Chepa, Kelantan [1967] 1 LNS 5 HC (refd)

Andrew Mujuni Mwenda v. Attorney-General [2010] UGCC 5 (refd)

Assa Singh v. Mentri Besar, Johore [1968] 1 LNS 9 FC (refd)

B Surinder Singh Kanda v. Government of the Federation of Malaya [1962] 1 LNS 14 PC (refd)

Dato Menteri Othman Baginda & Anor v. Dato Ombi Syed Alwi Syed Idrus [1984] 1 CLJ 28; [1984] 1 CLJ (Rep) 98 FC (refd)

Datuk Haji Harun Haji Idris v. PP [1976] 1 LNS 19 FC (refd)

Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v. Nordin Salleh & Anor (1) [1992] 2 CLJ 1125 SC (refd)

Dr Mohd Nasir Hashim v. Menteri Dalam Negeri Malaysia [2007] 1 CLJ 19 CA (refd)

Fan Yew Teng v. PP [1975] 1 LNS 38 FC (refd)

Government of Malaysia v. Iznan Osman [1975] 1 LNS 46 FC (refd)

Karam Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia [1969] 1 LNS 65 FC (refd)

Lau Dak Kee v. PP [1976] 1 LNS 54 HC (refd)

Lee Kwan Woh v. PP [2009] 5 CLJ 631 FC (refd)

Long Samat & Ors v. PP [1974] 1 LNS 80 FC (refd)

Madhavan Nair & Anor v. PP [1975] 1 LNS 94 HC (refd)

Mark Koding v. PP [1982] 1 LNS 15 FC (refd)

Melan Abdullah & Anor v. PP [1971] 1 LNS 77 HC (refd)

Minister of Home Affairs v. Chu Choon Yong & Anor [1977] 1 LNS 71 FC (refd)

Muhammad Hilman Idham & Ors v. Kerajaan Malaysia & Ors [2011] 9 CLJ 50 CA (refd)

Nadarajah v. PP [2000] 4 CLJ 634 HC (refd)

Ooi Kean Thong & Anor v. PP [2006] 2 CLJ 701 FC (refd)

Pengurusan Danaharta Nasional Bhd v. Yong Wan Hoi & Ors [2007] 9 CLJ 416 HC (refd)

Poh Cho Ching v. PP [1981] CLJ 42A; [1981] CLJ (Rep) 229 HC (refd)

PP v. Datuk Harun Haji Idris & Ors [1976] 1 LNS 180 HC (refd)

PP v. Khong Teng Khen & Anor [1976] 1 LNS 100 FC (refd)

PP v. Lee Tin Bau [1984] 1 LNS 56 (refd)

PP v. Ooi Kee Saik & Ors [1971] 1 LNS 113 HC (refd)

PP v. Param Cumaraswamy (No 2) [1986] 1 LNS 88 HC (refd)

PP v. Pung Chen Choon [1994] 1 LNS 208 SC (refd)

PP v. Su Liang Yu [1976] 1 LNS 113 HC (refd)

PP v. Yee Kim Seng [1983] 1 CLJ 38; [1983] CLJ (Rep) 824 HC (refd)

Reddy v. Employees Provident Fund Board [1967] 1 LNS 152 HC (refd)

Reg v. Burns & Others [1886] 16 Cox CC 355 (refd)

Rex v. Aldred [1909] 22 Cox CC 1 (refd)

Shri Ram Krishna Dalmia and 3 Others v. Shri Justice SR Tendolkar and 3 Others AIR [1958] SC 538 (refd)

Sivarasa Rasiah v. Badan Peguam Malaysia & Anor [2010] 3 CLJ 507 FC (refd)

Teh Cheng Poh v. PP [1978] 1 LNS 202 PC (refd)

Vishaka And Others v. State of Rajasthan And Others [1997] 6 SCC 241 (refd)

Yeap Hock Seng @ Ah Seng v. Minister for Home Affairs, Malaysia & Ors [1975] 2 MLJ 279 (refd)

Legislation referred to:

Criminal Procedure Code, s. 376(1)

Federal Constitution, arts. 4(2)(b), 5, 8(1), 9, 10(1)(a), (2), 145(3), 152(1), 153, 160(2), 162(1), (6), (7), 181(1)

Human Rights Commission of Malaysia Act 1999, ss. 2, 4(4)

Sedition Act 1948, ss. 2, 3(1)(a), (b), (c), (d), (e), (f), (2)(a), (3), 4(1)(c)

Other source(s) referred to:

Hamlyn Lectures, Freedom under the Law, 1st series, pp 4, 5, 35 & 36

Counsel:

For the appellant - Edmond Bon Tai Soon (Aston Paiva & Chan Yen Hui with him); M/s Kanesalingam & Co

For the prosecution - Awang Armadajaya Awang Mahmud; DPP

[Appeal from High Court, Shah Alam; Criminal Trial No: 44-72-2011]

Reported by Vani Krishnan




KETERANGAN: Dengar cakap - Kenyataan oleh seseorang yang tidak dipanggil sebagai saksi - Tuntutan kecuaian - Kerosakan pada kabel plaintif - Alegasi bahawa jengkaut defendan menyebabkan kerosakan pada kabel - Kenyataan daripada pekerja defendan - Sama ada pekerja tersebut dipanggil sebagai saksi - Sama ada plaintif ingin membuktikan kebenaran kata-kata yang didengar daripada pekerja tersebut

KETERANGAN: Beban pembuktian - Kecuaian - Kerosakan pada kabel plaintif - Alegasi bahawa jengkaut defendan yang digunakan menyebabkan kerosakan pada kabel - Kenyataan daripada pekerja defendan - Sama ada plaintif melepaskan bebannya untuk membuktikan siapakah individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pekerja defendan - Sama ada terdapat kelompangan dalam kes plaintif - Akta Keterangan 1950, s. 103


TENAGA NASIONAL BHD lwn. P & K BUILDERS SDN BHD [2014] 1 SMC 133
MAHKAMAH MAJISTRET, KUANTAN
MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ROSLI MJ
[GUAMAN SIVIL NO: A72-734-05-2013]
27 DISEMBER 2013

Plaintif membawa tuntutan ini terhadap defendan atas alasan bahawa defendan telah, dengan cuai, menyebabkan kerosakan ke atas kabel voltan tinggi milik plaintif dengan menggunakan jengkaut. Juruteknik tingkatan biasa (`SP1') yang menyiasat gangguan bekalan elektrik di tempat terbabit, memberi keterangan bahawa beliau telah menemubual seorang individu yang berada di lokasi tempat kerosakan dan individu tersebut memaklumkan kepada SP1 bahawa beliau adalah pekerja defendan. Menurut SP1, individu tersebut menyatakan bahawa kerosakan pada kabel plaintif disebabkan oleh jengkaut yang digunakan di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, nama dan nombor kad pengenalan individu tersebut tidak diperolehi. Eksekutif teknik plaintif (`SP2') pula memberi keterangan bahawa jengkaut yang dikatakan menyebabkan kerosakan pada kabel plaintif telah beredar dari tempat kejadian. SP2 memberi keterangan bahawa beliau telah mendapat maklumat mengenai defendan daripada seorang individu yang menyatakan bahawa beliau merupakan pemandu jengkaut dan bekerja dengan defendan. Isu yang dibangkitkan untuk pertimbangan mahkamah adalah sama ada agen/wakil defendan telah menyebabkan kerosakan pada kabel plaintif.

Diputuskan (menolak tuntutan plaintif dengan kos):

(1) Pengakuan individu yang mengaku bahawa beliau adalah pekerja defendan di tempat kejadian adalah cacat untuk diterima masuk sebagai keterangan dan merupakan keterangan dengar cakap (hearsay). Tambahan, individu tersebut tidak dipanggil sebagai saksi. Keterangan tersebut hanya boleh diterima masuk jika ia adalah untuk membuktikan kewujudan perbualan di antara SP1 dan SP2 dengan individu tersebut. Akan tetapi, plaintif ingin membuktikan kebenaran kata-kata yang didengar oleh SP1 dan SP2 daripada individu tersebut. Maka, keterangan itu tidak boleh diterima masuk. (perenggan 11-13)

(2) SP1 dan SP2 tidak dapat mengenalpasti identiti pemberi maklumat yang memberi pengakuan kepada mereka. Ia mewujudkan kelompangan dalam kes plaintif berkenaan siapakah sebenarnya individu yang mengaku sebagai pekerja defendan. Maka, plaintif masih belum melepaskan bebannya untuk membuktikan siapakah individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pekerja defendan (s. 103 Akta Keterangan 1950). (perenggan 14 & 15)

(3) Keterangan SP1 dan SP2 mewujudkan keraguan terhadap siapakah yang sebenarnya bercakap benar dan ini menimbulkan persoalan sama ada jengkaut yang dikatakan itu benar-benar berada di tempat kejadian. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa wakil/agen defendan sebagai "tort feasor" yang telah menyebabkan kerosakan pada kabel plaintif. Maka, di atas imbangan kebarangkalian, plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap defendan. (perenggan 18 & 19)

Kes-kes yang dirujuk:

Leong Hong Khie v. PP & Anor [1984] 1 LNS 172 FC (dirujuk)

Subramaniam v. PP [1956] 1 LNS 115 PC (dirujuk)

Kaunsel:

Bagi pihak plaintif - Syamsul Fariq Mohd Isa; T/n Abdul Razak, Zulkifli & Partners

Bagi pihak defendan - Amalia Mohamad Said; T/n Wong Law & Ti

Dilaporkan oleh Kumitha Abd Majid

Secured By Global Sign