Forgot/Reset Password

CASES OF THE WEEK

CIVIL PROCEDURE: Appeal - Notice of appeal - Application to amend - Omission to include name of second respondent - Discretion of court - Objection to allow amendment - Whether objection misconceived - Whether appeal filed within time - Whether amendment allowed - Whether prayer to file amended notice of appeal out of time becomes academic once amendment allowed - Rules of the Court of Appeal 1994, r. 4

CIVIL PROCEDURE: Amendment - Notice of appeal - Application for - Omission to include name of second respondent - Discretion of court - Objection to allow amendment - Whether objection misconceived - Whether appeal filed within time - Whether amendment allowed - Whether prayer to file amended notice of appeal out of time becomes academic once amendment allowed - Rules of the Court of Appeal 1994, r. 4


PP v. GAN BOON AUN & ANOR
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
MOHAMED APANDI ALI JCA, LINTON ALBERT JCA, HAMID SULTAN ABU BACKER JCA
[CRIMINAL APPEAL NO: W-09-258-11-2011]
6 SEPTEMBER 2013

The respondents were charged in the Sessions Court for an offence under the Securities Industry Act 1983 (`Act'). At the end of the prosecution case, the learned Sessions Judge ruled that a prima facie case had been established and called for the defence. At the commencement of the defence case, the defence made an application for referral of a constitutional question to the High Court, which was permitted by the Sessions Court. The High Court ruled in favour of both the accused and held that s. 122(1) of the Act was inconsistent with art. 5(1) of the Federal Constitution as it contravened the presumption of innocence and ought to be struck down as unconstitutional. Being dissatisfied, the prosecution filed an appeal against the said decision by naming only the first respondent and had omitted to include the name of the second respondent in the notice of appeal. As a consequence, vide encl. 8(a), the prosecution filed an application to amend the notice of appeal to include the second respondent, whose name was inadvertently left out and as a measure of prudence, sought leave to file the amended notice of appeal out of time. The second respondent, however, opposed the said application.

Held (allowing application in encl. 8(a))

Per Hamid Sultan Abu Backer JCA delivering the judgment of the court:

(1) When the statute places judicial discretion on the court to condone or not to condone an irregularity, whether it is substantive or procedural, the court has wide discretion to act and decide upon it judiciously and not arbitrarily. Judicially means taking into cognisance the jurisprudence, as well as the judgments of other courts and very importantly, the facts of the case, public interest and constitutional importance of the matter, etc. No case will be binding on the court where the facts are different. (para 11)

(2) The respondent's application to object to the application was abhorrent to the notion of justice and fair play and must also be seen to be an abuse of process of the court, more so when it is an attempt to obstruct a constitutional question to be ventilated by the apex court which the respondent himself had raised. Further, the respondent's objection was misconceived since the appeal against the constitutional question had been filed within time. (para 15)

(3) The Rules of the Court of Appeal 1994 (`RCA') gives very wide powers to the court to exercise its discretion according to the justice of the case, whether or not it is a civil or criminal case. Further, r. 4 of the RCA particularly states that the procedure and practice in the Rules of Court 2012 shall apply mutatis mutandis. On the facts, by applying r. 4 and allowing the amendment, it will make the amendment retrospective as is the practice and procedure in civil cases. Once the amendment is allowed, the prayer to file out of time would become academic by operation of law as the amended notice of appeal will be deemed to have been filed within time and according to law. The granting of leave here to file the amended notice of appeal must only be seen as a consequential order. (paras 16, 17 & 18)

Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes

Responden-responden telah dituduh di Mahkamah Sesyen atas kesalahan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (`Akta'). Di akhir kes pendakwaan, yang arif Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan dan pembelaan dipanggil. Semasa permulaan kes pembelaan, pihak pembelaan telah membuat permohonan untuk merujuk satu persoalan berkaitan perlembagaan kepada Mahkamah Tinggi, yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen. Berpihak kepada kedua-dua tertuduh, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa s. 122(1) Akta tidak konsisten dengan perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia melanggar anggapan ketidakbersalahan dan sepatutnya ditolak sebagai tidak berperlembagaan. Tidak berpuas hati, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dengan hanya menamakan responden pertama dan tidak memasukkan nama responden kedua dalam notis rayuan. Dengan itu, melalui lampiran 8(a), pihak pendakwaan telah memfailkan permohonan untuk meminda notis rayuan untuk menambah responden kedua, yang namanya telah ditinggalkan secara tidak sengaja dan sebagai langkah berjaga-jaga, telah memohon kebenaran untuk memfailkan notis rayuan di luar tempoh masa yang ditetapkan. Responden kedua, walau bagaimanapun, membantah permohonan tersebut.

Diputuskan (membenarkan permohonan dalam lampiran 8(a))

Oleh Hamid Sultan Abu Backer HMR menyampaikan penghakiman mahkamah:

(1) Apabila statut memberikan budi bicara kehakiman kepada mahkamah untuk membiarkan atau tidak membiarkan sesuatu salah aturan, sama ada substantif atau berprosedur, mahkamah mempunyai budi bicara luas untuk bertindak dan memutuskannya secara kehakiman dan bukan secara arbitrari. Secara kehakiman bermaksud mempertimbangkan jurisprudens, bersama dengan penghakiman mahkamah-mahkamah lain dan yang penting sekali, fakta kes, kepentingan awam, kepentingan perlembagaan perkara itu dan lain-lain lagi. Tiada kes yang akan mengikat mahkamah jika faktanya berbeza.

(2) Permohonan responden untuk membantah permohonan adalah bertentangan dengan konsep keadilan dan juga dilihat sebagai suatu penyalahgunaan kuasa mahkamah, ditambah lagi dengan percubaan untuk menghalang persoalan perlembagaan untuk diputuskan oleh mahkamah tertinggi yang telah dibangkitkan oleh responden sendiri. Tambahan, bantahan responden adalah salah tanggap memandangkan rayuan terhadap persoalan perlembagaan telah difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 (`KMR') memberikan kuasa luas kepada mahkamah untuk melaksanakan budi bicaranya mengikut keadilan kes sama ada kes sivil atau pun jenayah. Tambahan, k. 4 KMR memperuntukkan bahawa prosedur dan amalan dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 boleh dipakai secara mutatis mutandis. Berdasarkan fakta, dengan menggunapakai k. 4 dan membenarkan pindaan, ia akan menjadikan pindaan tersebut retrospektif berikutan amalan dan prosedur dalam kes-kes sivil. Apabila pindaan dibenarkan, permohonan untuk memfailkan diluar jangka masa akan menjadi akademik melalui penguatkuasaan undang-undang memandangkan notis rayuan dianggap sebagai telah difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mengikut undang-undang. Kebenaran untuk memfailkan notis rayuan terpinda hanya dilihat sebagai perintah berikutnya.

Case(s) referred to:

Muhamad Asri Bakar v. PP [1996] 1 LNS 496 HC (refd)

Nilabati Behera Alias Lalita Behera v. State of Orissa and Another [1993] AIR 1960 SC (refd)

Ong Cheng Aik v. Dayco Products Singapore Pte Ltd (in liquidation) [2005] 2 SLR 561 (refd)

PP lwn. Karpal Singh Ram Singh [2012] 5 CLJ 580 CA (refd)

PP v. Ismail Abd Wahab [2013] 6 CLJ 588 CA (dist)

Veerasingam v. PP [1957] 1 LNS 93 HC (refd)

Wong Swee Chin v. PP [1977] 1 LNS 156 FC (refd)

Yap Ee Bee lwn. PP [1999] 1 LNS 382 HC (refd)

Yusof Rahmat & Co v. Kamal Mohamad Noor; Asiah Mahmud (Intervener) [2004] 6 CLJ 141 HC (refd)

Legislation referred to:

Courts of Judicature Act 1964, s. 56

Federal Constitution, art. 5(1)

Rules of the Court of Appeal 1994, r. 4

Securities Industry Act 1983, s. 122(1)

Counsel:

For the appellant - Shanti Geoffrey (Mohd Hafiz & Munira Masood with her); DPPs

For the respondents - Hisyam Teh Poh Teik (N S Guok & Stephanie Wong with him); M/s Tan Hock Chuan & Co

[Editor's note: For the High Court judgment, please see PP v. Gan Boon Aun & Anor [2012] 9 CLJ 622.]

Reported by Kumitha Abd Majid


[Editor’s Note: On 24 September 2013, the Federal Court in Criminal Appeal No. 05-123-06/2013 (W) allowed the appeal and set aside the order of the Court of Appeal dated 24 April 2013 in respect of the amendment to the Notice of Appeal and extension of time to file the said Notice of Appeal out of time. To view the sealed Order, click here.]



UNDANG-UNDANG JENAYAH: Kanun Keseksaan - Seksyen 354 - Kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan - Tertuduh meletakkan tangannya atas paha dan memegang tangan mangsa - Pembelaan - Tiada bantahan atau larangan daripada mangsa - Sama ada menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan

PROSEDUR JENAYAH: Mitigasi - Hukuman - Hukuman denda - Sama ada hukuman memadai - Sama ada tertuduh wajar dipenjarakan - Faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman - Kanun Keseksaan, s. 354


PP lwn. TAN HENG LEE [2013] 2 SMC 272
MAHKAMAH MAJISTRET, KUALA LUMPUR
NUR A'MINAHTUL MARDIAH MD NOR MJ
[KES TANGKAP NO: 5-83-548-01-2013]
8 OKTOBER 2013

Tertuduh telah dituduh di bawah s. 354 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan. Ketika menghadiri kursus, tertuduh telah berkali-kali meletakkan tangannya di atas paha kanan dan memegang tangan mangsa (`SP1') yang baru sahaja dikenalinya. Dalam pembelaannya, tertuduh menyatakan, antara lain, bahawa SP1 tidak membantah ataupun melarang tertuduh daripada perbuatannya. Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh. Dalam rayuan mitigasinya, tertuduh mengemukakan bahawa: (i) dia telah diberhentikan kerja dan kini ditanggung oleh kakaknya; (ii) kesalahan yang dilakukannya adalah kesalahan pertama; dan (iii) dia mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan dan ubatan. Sebaliknya, pihak pendakwaan memohon satu hukuman berat atas alasan bahawa: (i) kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius sehingga menyebabkan SP1 mengalami trauma dan tekanan; dan (ii) hukuman denda tidak memadai kerana ia akan membuka ruang kepada tertuduh untuk mengulanginya lagi.

Diputuskan (menjatuhkan hukuman denda dengan kos):

(1) Pembelaan tertuduh bersifat satu penjelasan mengapa dia bertindak menyentuh bahagian paha dan tangan SP1. Namun begitu, mahkamah tidak boleh mengabaikan bahawa tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak selesa dan takut kepada SP1. Penjelasan yang diberikan oleh tertuduh adalah tidak wajar. (perenggan 70)

(2) Walaupun s. 354 Kanun Keseksaan menyebut penjara terlebih dahulu, ia tidak pada bila-bila masa mendefinisikan penjara sebagai hukuman yang wajib. Tertuduh boleh dikenakan denda dan hukuman denda ini sama sekali tidak menyalahi peruntukan di bawah s. 354. Tertuduh bukanlah penjenayah tegar yang seharusnya disumbat ke dalam penjara yang bakal memberikan peluang dan ruang kepada tertuduh untuk bersama-sama dengan penjenayah lain yang lebih serius dan berbahaya yang mana, pengakhirannya mungkin menjadi impak negatif kepada masa depan tertuduh. (perenggan 82 & 83)

(3) Setelah mempertimbangkan rayuan mitigasi dan hujahan pemberatan, mengambil kira keseriusan kesalahan, trauma SP1 dan kekerapan kesalahan ini berlaku di Malaysia serta faktor bahawa tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ini adalah kesalahan kali pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan kos pendakwaan RM500 yang mana jika gagal dibayar, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara. Sabitan dan hukuman denda akan dapat memberikan pengajaran kepada masyarakat amnya dan kepada tertuduh khususnya. (perenggan 77 & 89)

Kes-kes yang dirujuk:

Abdul Karim v. Regina [1954] 1 LNS 3 HC (dirujuk)

Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 FC (dirujuk)

Kofri Mustafar v. PP [2010] 9 CLJ 519 CA (dirujuk)

Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 CA (dirujuk)

Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805 FC (dirujuk)

Maniam Santhiran lwn. PP [2010] 6 CLJ 611 CA (dirujuk)

Nor Afizal Azizan v. PP [2012] 6 CLJ 370 CA (dibezakan)

State v. Major Singh AIR [1967] SC 63 (dirujuk)

Tukiran Taib v. PP [1955] 1 LNS 166 HC (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:

Criminal Procedure Code, ss. 173(h)(i), (m)(i), 294

Penal Code, ss. 349, 350, 351, 354, 376

Sumber-sumber yang dirujuk:

Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes, 25th edn, ms 1963

Kaunsel:

Bagi pihak pendakwaan - Nithia Sivasamy; TPR

Bagi pihak tertuduh - Nor Zabetha Muhammad Nor; T/n Zabetha Chin & Co

Dilaporkan oleh Najib Tamby

Secured By Global Sign