STATE ENACTMENT
MELAKA - En. 1 of 1988
Control and Registraion Of The Propagation Of Non-Islamic Religions To Muslim Enactment 1988
(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada suatu perhimpunan orang yang dirancang, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau peryataan itu dibuat ia tahu, atau pada munasabahnya patut tahu akan diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I Jadual, atau apa-apa terbitan atau virasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam.
(2) Seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), menggunakan mana-mana perbahasaan yang disenaraikan dalam Bahagian II Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.
(3) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit.
(4) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.
Jadual
(Seksyen 9)
Bahagian I
PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIKAITKAN DENGAN AGAMA BUKAN ISLAM
Allah |
Rasul |
Hauliak |
Firman Allah |
Iman |
Karamah |
Ulama |
Dakwab |
Shahadah |
Hadith |
Salat |
Masjid |
Ibadah |
Khalifah |
Baitullah |
Kaabah |
Wali |
|
Kadi |
Fatwa |
|
Ilahi |
Imam |
|
Wahyu |
Nabi |
|
Mubaligh |
Sheikh |
|
Syariah |
Akhirat |
|
Qiblat |
Azan |
|
Haji |
Al-Quran |
|
Mufti |
Al-Sunnah |
Bahagian II
PERBAHASAAN-PERBAHASAAN YANG TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM UNTUK
DIKAITKAN DENGAN AGAMA BUKAN ISLAM
| 1. | Subhanallah | 11. | Assalamualaikum |
| 2. | Alhamdulillah | 12. | Wallahi |
| 3. | Lailahaiallallah | 13. | Wabillahi |
| 4. | Walillahilhamd | 14. | Watallahi |
| 5. | Allahu Abbar | 15. | Auzubillah |
| 6. | Insyaallah | ||
| 7. | Astaghfirullahal Azim | ||
| 8. | Tabaraka Allah | ||
| 9. | Masyaallah | ||
| 10. | Lahaula Walaquata Ilabillahil Azim |
Diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 12hb. April, 1988.
For the full State Enactment, please subscribe.