YAA Datuk David Wong Dak Wah
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
PGDK

Yang Amat Arif Datuk David Wong Dak Wah dilahirkan pada 20.08.1953 di Sandakan, Sabah. YANG AMAT ARIF telah melanjutkan pengajian undang-undang di Universiti New South Wales, Sydney, Australia. Yang Amat Arif juga telah memperolehi Sarjana B Com (dalam Bidang Perakaunan) dari universiti yang sama.

Yang Amat Arif memulakan kerjaya beliau sebagai auditor di Sydney pada tahun 1978 sehingga 1979 di sebuah Firma Akauntan. Pada tahun 1979, Yang Amat Arif telah diterima masuk sebagai peguam bela di Mahkamah Agung New South Wales, Australia.
Kerjaya Yang Amat Arif dalam undang-undang di Malaysia bermula dengan penerimaan masuk Yang Amat Arif sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1980 dan menjadi peguam sehingga 1992.

Yang Amat Arif kembali meneruskan kerjaya akauntan beliau di Sydney pada tahun 1992 sehingga tahun 1996 dan kembali ke Sandakan pada tahun 1997 sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Peter Lo & Co.
Yang Amat Arif seterusnya dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 29.09.2005, seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada 11.04.2007.

Sepanjang perkhidmatan Yang Amat Arif di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Yang Amat Arif telah menjadi Hakim Pengurus dalam memastikan sistem pengkomputeran dan Court Recording System di perkenalkan sehingga ke hari ini.
Pada 08.01.2013, Yang Amat Arif dilantik ke Mahkamah Rayuan dan pada 27.04.2018, Yang Amat Arif dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Yang Amat Arif telah berkahwin dengan YBhg. Datin Janet Wong Ying Kin dan dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Davina, Daphne dan Justin.


ADDRESS
Principal Office:
Chief Judge of Sabah & Sarawak
Chief Judge's Chambers
High Court
Jalan Gersik
93050 Petra Jaya
SARAWAK
Tel: (082) 449989 Fax: (082) 313400
Email: cjss@kehakiman.gov.my


Putrajaya Office :
Chief Judge of Sabah & Sarawak
Chief Judge's Chambers
Level 5, Palace of Justice
Precint 3
62506 PUTRAJAYA
Tel: (03) 88803559 Fax: (03) 88883944


Sabah Office:
Chief Judge of Sabah & Sarawak
Chief Judge's Chambers
High Court
88809 Kota Kinabalu,
SABAH
Tel: (088) 523700 Fax: (088) 210055


+082 449 989 +082 313 400cjss@kehakiman.gov.my